Langkau ke kandungan utama

Dapatkan penampilan musim luruh, bahagian I

Permulaan setiap musim baharu memberi peluang yang baik untuk bermula semula, memberikan kediaman anda penampilan baharu. Berikut ialah Bahagian I trend kegemaran kami untuk musim luruh.

Kemas kini kediaman anda dengan perubahan ringkas seperti tekstil cetakan berbunga-bunga dan berpetak tradisional dalam versi yang ketara.
Kemas kini kediaman anda dengan perubahan ringkas seperti tekstil cetakan berbunga-bunga dan berpetak tradisional dalam versi yang ketara.

Tanggapan baharu terhadap klasik

Musim ini, corak berbunga-bunga dan berpetak yang disukai ramai diberikan tumpuan. Walaupun mungkin kelihatan tradisional, ia tidaklah membosankan kerana coraknya yang besar dan ketara. “Berseronok-seronok dan pamerkan sedikit personaliti anda yang eklektik dengan gabungan corak,” kata pereka hiasan dalaman Elin Hermansson.

Semua tentang tekstil

Selain corak, musim ini juga merangkum kontras dari segi bahan dan tekstil. Kayu dan logam berwarna hitam pekat berpasangan dengan sesuai dengan tekstil lembut mewah yang memberikan rasa betul-betul selesa apabila anda mula mengalami musim luruh yang sejuk.

Cara yang paling mudah untuk mengemas kini kediaman anda mengikut musim? Tekstil. Harganya berpatutan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Elin Hermansson, pereka hiasan dalaman IKEA

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Hermansson
Jurugambar: Daniel Hertzell
Penulis: Vanessa Algotsson