Langkau ke kandungan utama

Cipta keseronokan berkeluarga di meja makan

Tiada tempat yang lebih baik untuk menghimpunkan seluruh keluarga daripada meja makan. Pastikan semua orang gembira melakukan aktiviti mereka sendiri dan anda boleh meluangkan masa bersama-sama.

Himpunkan seluruh keluarga di sekeliling meja makan yang besar seperti IKEA INGATORP untuk masa berkualiti yang boleh dinikmati bersama.
Himpunkan seluruh keluarga di sekeliling meja makan yang besar seperti IKEA INGATORP untuk masa berkualiti yang boleh dinikmati bersama.

Bukan hanya untuk makan

Pencinta makanan yang sejati bermula pada usia muda dan biasanya dengan tugas yang paling kecil. Libatkan kanak-kanak dan beri mereka tugas ketika penyediaan hidangan keluarga, seperti menabur serbuk gula di atas hidangan pencuci mulut. Mereka lebih mudah melakukannya di meja makan daripada kaunter dapur yang tinggi.

Hidangkannya

Lupakan pinggan mangkuk yang sedondon. Ini bukan tentang kesempurnaan. Ini tentang bersatu hati. Oleh itu, berikan datuk nenek penyediaan meja kegemaran anda, dan si kecil sesuatu yang lebih berwarna-warni dan mesra kanak-kanak. Lambat-laun, mereka pasti akan bermain dengan makanan mereka, dan anda tidak perlu risau pinggan mangkuk akan sumbing.

Tempat kegemaran saya untuk mengetahui hal semasa, membuat rancangan, dan berbincang tentang impian adalah di meja makan dengan orang tersayang.

Saša Antić, pereka hiasan dalaman IKEA

Sudut tukang masak

Memang benar, anda boleh menyediakan makan malam di dapur, tetapi mengapa jauhkan diri daripada perbualan dan gelak ketawa di meja itu? Dengan landas cencang yang kukuh dan besar serta pisau kegemaran anda, meja makan pun sesuai digunakan untuk menyediakan hidangan.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Saša Antić
Jurugambar: Emma Engkvist
Penulis: Vi Cooper