Langkau ke kandungan utama

Cipta bilik taman mawar abadi

Bawa masuk taman bunga anda. Anda dan tetamu anda dapat menghargai kecantikannya pada bila-bila masa tanpa mengira musim.

Gunakan bunga dalam setiap aspek bilik anda untuk mencipta taman mawar di dalam rumah.
Gunakan bunga dalam setiap aspek bilik anda untuk mencipta taman mawar di dalam rumah.

Kenapa lakukan separuh jalan, apabila anda boleh lakukan lebih hebat?

Lakukan sehabis mungkin dan cipta suasana yang hebat untuk para pencinta mawar dan romantik. Penuhi bilik dengan item bercorak bunga, dan tambahkan hiasan seperti bunga tiruan serta tekstil dan warna yang sepadan. Anda hanya perlu menunjukkan personaliti anda yang berani, cantik dan suka bermain!

Bunga tiruan boleh menghasilkan sesuatu yang indah! Anda boleh menggunakan sebaiknya kerana ia tidak mudah rapuh dan ia tidak akan patah. Ia cinta abadi.

Saša Antić, pereka hiasan dalaman IKEA

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Saša Antić
Jurugambar: Emma Engkvist
Penulis: Vi Cooper