Ceriakan bulan Februari anda yang suram
Tidak kira perkembangan musim bunga di luar, tiba masanya untuk menjemputnya ke dalam rumah. Di sini kami menunjukkan pelbagai petua tentang cara mengubah rumah anda dengan penggunaan kehijauan yang mudah.


Menanam boleh dikatakan menjamin kepuasan. Terdapat begitu banyak cara yang indah yang boleh anda gunakannya. Temui perkara yang sesuai dengan anda. Sama ada anda menyukai beberapa anak benih atau seakan-akan hutan penuh, ataupun pokok tiruan, anda tidak akan tersilap.”
Kristina Pospelova, pereka hiasan dalaman IKEA
Atur semula perabot hijau anda
Seperti tempat duduk, meja dan para, tumbuh-tumbuhan merupakan sebahagian daripada perabot anda. Menambah atau mengaturnya semula – lebih mudah dengan pasu pokok beroda – bukan sahaja penting untuk sesuatu ruang, tetapi juga menambah suasana musim bunga yang menyegarkan.
Ketakpadanan yang hebat
Menggabung padan memang baik – tetapi ketakpadanan yang bagus adalah lebih baik. Mengumpulkan bahan, bentuk dan warna mempunyai cara menimbulkan ekspresi yang unik. Selepas itu, anda hanya perlu menambah sedikit cahaya musim bunga.
Beri ahli baharu tempat duduk di tepi tingkap
Bulan Februari dan Mac ialah masa yang baik untuk menyemai. Apabila anak benih mula bertunas, besar kemungkinan perkembangannya dapat dilihat selama bulan-bulan yang akan datang. Selain itu, ia memberikan peluang kepada setiap ahi keluarga untuk turut terlibat.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Kristina Pospelova
Jurugambar: Åsa Haleby
Penulis: Henrik Annemark