Langkau ke kandungan utama

Cara untuk: meningkatkan ruang depan anda

Ia bukan tentang tempat kita menghabiskan banyak masa, tetapi sebagai tempat mula-mula sekali dan terakhir kita lihat di rumah kita setiap hari, berbaloi untuk menyayangi lebih sedikit ruang depan. Untuk ruang depan yang besar dan kecil, kami ada idea untuk semua saiz (pada harga terendah) untuk memastikan barang-barang terurus dalam sekelip mata. Beg, jaket, kasut dan pembersih vakum: kami menanti anda!

Kecil

Jadi, anda tidak ada banyak masa. Anda tidak ada banyak wang untuk dibelanjakan. Tetapi anda ada tindanan “selitkan nama barang” yang kian bertambah dengan pantas di pintu depan yang memerlukan perhatian segera. Bagaimana kalau kita selesaikan itu?

Jika sukar untuk mendapat ruang kosong di rak kasut, bagaimana jika menggunakan penyusun atur yang dapat memuatkan dua kasut dalam ruang untuk satu?

Bentuk seni pahat patung bertemu dengan kepraktisan penggantungan jaket: sukar untuk membayangkan ruang depan yang tidak akan menjadi lebih terurus dengan penyangkut topi dan kot ini.

Sederhana

Sedia untuk meningkatkan ke tahap seterusnya? Anda memiliki ini! Memerlukan hanya sedikit usaha, resipi ini akan memberikan hasil yang besar kepada ruang depan anda: banyak fungsi yang bekerja keras, dengan sedikit perasaan “sayang, saya sudah pulang!” juga timbul.

Lihat barang-barang yang perlu diletakkan di ruang depan anda, dan biarkan itu menentukan storannya. Misalnya ambil rumah pasangan yang suka meluncur air ini: almari pakaian berzip menyimpan pakaian basah mereka, papan luncur air terletak dalam dulang but, dan cangkuk dan rel (bukan sahaja untuk dapur!) menyimpan topi dan beg pantai mereka dengan kemas.

Jika anda kekurangan ruang lantai, gunakan dinding untuk memanfaatkan anda. Kabinet lekap dinding ini memadatkan banyak storan ke dalam hampir tiada lagi ruang, dan memberikan penampilan yang ringan dan terapung kepada ruang depan.

Siapa kata ia harus merupakan storan yang serius? Para dan papan nota ini nampak hebat apabila dikelompokkan dengan lampu dan cermin, begitu juga bil dan senarai beli-belah berpasangan dengan item-item peribadi.

Para atau cangkuk atau kotak atau kabinet? Kenapa tak pilih kesemuanya? Apabila digabungkan, kesemuanya dapat menangani keadaan berselerak hari demi hari dengan cemerlang, sementara sentuhan bahan semula jadi membuatnya rasa betul-betul nyaman dan selesa.

Besar

Penyelesaian storan yang lebih besar seperti ini, dikonfigurasi betul-betul mengikut saiz ruang depan anda, memerlukan lebih sedikit perancangan. Namun anda boleh tetap yakin: ganjaran memiliki ruang depan yang kemas dan indah adalah lebih berbaloi.

Unit lasak ini mempunyai banyak storan dan reka bentuk yang kemas, dengan tempat duduk terbina dalam untuk memakai kasut. Menambah beberapa aksesori bentuk bulat – seperti jam dan lampu – mengindahkan lagi penampilannya dengan memperkenalkan visual yang bertentangan.

Penyelesaian ruang depan rumah ini menggunakan storan tahan lasak dan menjadikannya mesra keluarga. Celah di antara dua kabinet tinggi kebetulan menawarkan saiz yang cukup sesuai untuk sudut bacaan yang selesa: kerap dinikmati oleh dua adik-beradik perempuan yang tinggal di situ.

Kabinet berwarna kelabu di ruang depan ini sepadan dengan yang terdapat di dapur, melalui pintu di sebelah kanan. Hasilnya ialah penampilan moden yang seragam di seluruh rumah. Kabinet di atas ambang pintu juga merupakan penggunaan ruang yang pintar yang turut berfungsi sebagai sentuhan seni bina.