Cara untuk menghias satu bilik dengan dua gaya yang berbeza
Perincian membentuk kediaman anda. Di sini kami telah menggunakan bilik yang sama dalam dua suasana, membiarkan perubahan yang kecil dan mudah menghasilkan dua gaya yang berbeza sama sekali. Lihat cara anda dapat melakukannya, langkah demi langkah.


Sedikit drama dengan gaya tradisional
Gaya ini meminjam banyak ciri daripada dinding sekitar. Berani menggunakan warna yang lebih gelap untuk memberikan suasana dramatik yang mewah. Selain itu, ia dapat membingkaikan objek yang anda gantung padanya dengan indah.
Blok binaan untuk penampilan bersatu
Lengkapi dengan membina dari asas yang neutral. Bentuk-bentuk organik sofa dan kusyen menambahkan dinamik. Bersama-sama corak dan perincian tradisional, hasilnya ialah ekspresi yang lembut.
Penggabungan corak – yang sangat berbeza juga – mempunyai cara untuk melengkapkan satu sama lain untuk mewujudkan ekspresi yang kuat atau seronok.”
Elin Stierna, pereka hiasan dalaman IKEA
Mewujudkan gaya yang lebih moden
“Biliknya masih sama,” kata pereka hiasan dalaman Elin Stierna, “cuma haluan yang lain. Bahan yang lembut dan bentuk organik masih dikekalkan. Walaupun berbeza secara individu, kesemuanya bersatu seperti susun suai gambar.”
Bereksperimen dengan corak dan tekstil
Corak sangat berharga apabila berkaitan dengan penambahan sentuhan yang unik. Buat eksperimen untuk menghasilkan padanan corak, tekstur dan tekstil yang sesuai. Tentu sekali, campurkannya! Elemen kepelbagaian memanfaatkan anda.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Fredrik Sweger
Penulis: Henrik Annemark