Cara untuk menghasilkan rumah di dalam rumah
Sebahagian daripada menjadi remaja ialah teringin sangat kebebasan. Apabila berpindah keluar hanya akan berlaku beberapa tahun lagi, menetapkan sebahagian daripada rumah anda untuk memberikan rasa seperti tinggal berasingan boleh merupakan penyelesaian yang kena pada masanya.


Mudahkannya untuk mengatur – dan mengatur semula
Apabila ruang adalah terhad, perabot yang fleksibel merupakan sekutu yang hebat. Item berbilang fungsi yang ringan (seperti bidai bergulung yang menutupi rak dan juga berfungsi sebagai skrin panggung wayang) dapat disesuaikan dengan pantas mengikut keperluan anda, diatur semula dan kemudian hari dibawa bersama ke rumah baharu.
Ia tidak memerlukan rumah yang dilengkapi sepenuhnya untuk memberikan rasa sebegitu. Memiliki kawasan kekuasaan anda sendiri boleh memberikan erti yang besar kepada seseorang yang inginkan kebebasan – dan untuk keseimbangan di rumah.”
Kristina Pospelova, pereka hiasan dalaman IKEA
Para untuk memberi anda kenangan masa lalu
Pernah terasa kerusi kanak-kanak yang cantik yang anda suka sangat dan tidak mahu membuangnya, tetapi tidak tahu tujuan untuk menyimpannya? Masalah diatasi! Gunakan cangkuk untuk mengubahnya menjadi para hiasan. Sempurna untuk barang-barang kemegahan anda, atau mungkin projektor filem.
Simpan semua yang anda perlukan di tempat yang mudah dicapai
Ada kalanya meja sisi katil lebih mengganggu daripada membantu. Sebaliknya, gunakan sisi rak buku macam tangga (jangan terkeliru dengan tangga sebenar). Gunakan bilahnya untuk menggantungkan semua yang anda perlukan agar berdekatan, kemudian bawanya bersama ke mana-mana anda pergi.

Kombinasi yang manakah paling baik untuk anda?
Rumah mini remaja, bilik tetamu, bilik peribadi menonton filem, sewa kepada orang lain atau tempat menari. Mempunyai ruang yang dilengkapi dengan memikirkan tentang pengaturan semula yang mudah, anda dapat mengubahnya dengan pantas agar sesuai dengan keperluan anda.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Kristina Pospelova
Jurugambar: Martin Inger
Penulis: Henrik Annemark