Cara menjadikan bilik mandi yang sibuk tempat untuk berehat
Bilik mandi anda memenuhi pelbagai fungsi yang sibuk setiap hari. Lihat cara anda boleh membuatkan semuanya berfungsi, dan masih ada ruang untuk berehat dan berasa selesa.


Hab pembersih dengan pengudaraan terbina dalam
Gunakan rod dan tirai mandi untuk mewujudkan pelengkap almari pembersih anda. Kelengkapan yang tidak indah disimpan agar tidak kelihatan namun mudah dicapai – sementara aliran udara membantu mengeringkan apa-apa kelembapan.
Ekosistem tuala
Ampaian atau cangkuk yang membolehkan peredaran udara di sekitar setiap tuala memanjangkan kesegarannya. Ia cepat kering dan ini meminimumkan keperluan cucian yang kerap.
Storan dengan kesan yang menenangkan
Mempunyai banyak barang untuk disimpan tidak bermakna kesemuanya harus dimasukkan ke dalam almari. Banyak item bilik mandi lebih sesuai diletakkan di tempat terbuka – sama ada mudah dicapai atau cantik dipandang. Tambah satu atau beberapa tumbuh-tumbuhan untuk mewujudkan suasana yang tenang di seluruh bilik (dan ia akan hidup subur dalam udara lembap).
Longgokkan selerakan anda agar mudah dicapai
Walaupun anda ada kabinet yang bersedia untuk menyimpan selerakan, berbaloi untuk menahan diri sedikit daripada melakukannya. Biarkan bekas menyimpan kit untuk aktiviti-aktiviti yang berbeza – spa di rumah, alat solek, kebersihan diri – untuk dikeluarkan atau diletakkan kembali jika dikehendaki dalam masa yang singkat.
Buatkan bilik mandi rasa ada lebih sedikit ruang
Walaupun ia merupakan tempat yang ideal untuk berehat bersendirian, bilik mandi anda juga mungkin merupakan tempat yang paling sibuk. Supaya lebih selamat, aturkan satu sudut yang memperluas rasa dan juga fungsi bilik mandi – tidak berkunci dan tersedia sepanjang masa.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Kristina Pospelova
Jurugambar: Åsa Haleby
Penulis: Henrik Annemark