Cara menjadi tuan rumah kepada tetamu bermalam di rumah ruang kecil
Menjadi tuan rumah kepada tetamu tanpa ruang berasingan untuk tetamu boleh jadi cabaran – namun masih merupakan pilihan kegemaran. Lihat cara anda boleh membuat pengaturan cekap ruang yang menyenangkan dan menyeronokkan untuk semua.


Bina dinding untuk privasi
Pembahagi ruang sangat berkesan untuk memisahkan ruang peribadi, contohnya di ruang tamu. Gunakan satu rak pakaian – lebih baik lagi, dua dalam sebaris – untuk menghasilkan dinding sementara yang membantu membuatkan tetamu dan juga tuan rumah berasa selesa. Selain itu, ia juga menawarkan tempat untuk menggantungkan pakaian parti.
Tidak kira betapa rapat anda dengan tetamu anda, menjadi tuan rumah di rumah kecil boleh menimbulkan tekanan tak perlu dengan mudah. Sebaliknya, sedikit penyesuaian akan banyak membantu meminimumkan kebimbangan.”
Kristina Pospelova, pereka hiasan dalaman IKEA
Sentiasa cahaya yang sempurna
Kita semua mempunyai idea masing-masing tentang cahaya – sebelum, semasa dan selepas tidur. Biarkan tetamu anda memutuskannya dengan mentol boleh dimalapkan yang dikawal dari jauh (tanpa perlu bergerak). Tambah langsir dan bidai bergulung penghalang cahaya, dan anda meliputi semua kemungkinan.
Semuanya telah disediakan untuk tidur malam yang nyenyak
Jubah mandi dan selipar menambah dimensi macam hotel kepada penginapan. Ia juga memudahkan pergerakan semasa anda tidak berpakaian penuh. Untuk layanan baik yang sempurna, sediakan kit keselesaan dengan bantal ergonomik dan alas untuk penyesuaian suhu.
Petua bilik hotel yang lenyap
Menjadi tuan rumah kepada tetamu mempunyai kelebihannya. Namun kembali kepada biasa mempunyai ganjarannya sendiri. Mujurlah, memulihkan bilik berkemungkinan mengambil masa kurang daripada sepuluh minit. Biasanya, hal yang sama untuk menyediakannya semula untuk tetamu baharu.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.