Langkau ke kandungan utama

Cara menggubah simfoni corak

Corak di dinding dan tekstil merupakan elemen hiasan yang berkesan dari segi mempamerkan gaya peribadi anda. Walaupun setiap corak kelihatan hebat secara sendirian, menggabungkan kesemuanya boleh menjadi rumit. Baca selanjutnya untuk mendapat petua tentang cara memilih corak yang akan kelihatan elok dengan barang-barang anda yang lain, dan cara untuk menggabungkan kesemuanya untuk memperoleh penampilan yang anda ingini.

Apakah saiz corak yang anda sukai?

Semua bintik, bunga, geometri, petak dan jalur mempunyai saiz umum dan kejelasan yang sama kerana corak berskala yang serupa berfungsi dengan baik bersama-sama.

Serikan bilik dengan bereksperimen menggunakan corak. Gabung padan dan lihat sama ada anda suka penampilannya – anda tinggal di rumah ini dan anda memutuskan kesesuaiannya.

Cara mengimbangkan corak yang ketara

Kombinasi corak ketara yang menarik dapat diimbangkan menggunakan asas neutral yang konsisten: semua perabot di dalam bilik dibuat daripada kayu pain, rotan dan buluh berwarna semula jadi.

Palet warna menyatukan kesemuanya

Corak yang berkongsi palet warna yang sama atau mempunyai sekurang-kurangnya satu warna yang konsisten dalam semua corak sentiasa kelihatan indah bersama-sama.