Cara mencipta sudut hobi untuk seluruh keluarga
Aturkan sudut yang membolehkan minat keluarga anda – seperti pertukangan kayu, menjahit dan membuat buku skrap – dapat dilakukan sebelah-menyebelah. Apabila tidak digunakan, ruang itu dapat dikosongkan dengan mudah untuk aktiviti lain.


Ruang hobi yang fleksibel
Pertukangan kayu di rumah mungkin adalah tentang membaik pulih dan mencipta benda-benda baharu, tetapi pastikan bahawa orang lain dilindungi semasa melakukannya. Pelindung lantai ialah tempat yang bagus untuk bermula, dan banyak ruang untuk pergerakan.
Semuanya yang anda perlukan mudah dicapai
Masa hobi ialah masa yang berharga. Jangan membazirkannya mencari barang-barang. Sebaliknya pastikan semuanya dapat dilihat dan teratur. (Pemegang kertas dinding merupakan rak kasut yang dipasang dengan cangkuk. Apabila kosong, ia bersandar pada dinding secara leper.)
Bentangkan permukaan menjahit anda
Daripada menampal seluar kepada mengubah langsir menjadi pakaian, menjahit mungkin merupakan aktiviti sekejap-sekejap yang hebat. Meja lipat bertukar daripada saidbod yang tidak ketara kepada permukaan atas kerja yang besar dalam sekelip mata. Bercakap tentang kesesuaian yang sempurna.
Bersedia untuk menghentikan seketika projek yang sedang dilaksanakan
Projek-projek yang besar biasanya mengambil masa yang lama. Mudahkannya untuk berhenti dalam pertengahan kerja, tetapi masih mengetahui perkembangannya. Rak tuala yang dipasang pada siling menawarkan rod tambahan untuk menggantungkan item. (Letakkannya lebih kurang 30 sentimeter dari dinding supaya ada ruang yang mencukupi untuk penyangkut.)
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Maila Halme
Jurugambar: Thommy Bengtsson
Penulis: Henrik Annemark