Langkau ke kandungan utama

Cara mencerahkan rumah anda menggunakan rantaian pencahayaan

Rantai pencahayaan terlalu bagus untuk disimpan di dalam kotak selama sebelas bulan. Gunakannya sepanjang tahun dan ia dapat mengubah mood rumah anda.

Hanya dengan satu rantaian pencahayaan hitam SVARTRÅ LED dan satu rantaian pencahayaan hitam IKEA BLÖTSNÖ LED, anda boleh memperibadikan seluruh dinding.
Hanya dengan satu rantaian pencahayaan hitam SVARTRÅ LED dan satu rantaian pencahayaan hitam IKEA BLÖTSNÖ LED, anda boleh memperibadikan seluruh dinding.

Sinarkan ruang hidang meja anda

Sinarannya mungkin menghangatkan tetapi mentol LED SNÖYRA tidak. Jadi, anda selamat untuk mencipta pemasangan lampu mengikut keinginan anda. Contohnya seperti meletakkan di atas meja untuk menyerlahkan ruang hidang ketika makan malam.

Terangi ruang dengan LIVSÅR

Lampu LIVSÅR ala bulu pelepah yang bersinar pasti menarik perhatian. Gunakan kuasa penciptaan moodnya untuk membingkaikan apa sahaja yang anda mahu serlahkan atau menerangkan penjuru yang diabaikan.

Serlahkan barang anda

Selain kelihatan cantik, rantaian pencahayaan boleh dibentuk menjadi kanvas fleksibel. Gunakannya untuk mempamerkan barang yang mahu diserlah. Mudah digunakan sebagai hiasan dan mudah diubah tema.

Hiasan dengan pencahayaan terbina dalam

Jika paparan cahaya tidak mencukupi, rantaian pencahayaan sangat sesuai untuk menyerlahkan perkara yang lain. Contohnya seperti seni kadbod anda. (Ideal juga untuk mengitar semula pek rata lama IKEA.)

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Fredrik Sweger
Penulis: Henrik Annemark