Langkau ke kandungan utama

Buah yang lazat daripada penanaman di rumah

Menanam pokok dapat memuaskan hati anda. Jika ia boleh dimakan, lebih baik. Kemudian, anda boleh menyimpan yang terbaik untuk dimakan terakhir. Lihat cara anda boleh menuai, menikmati dan berkongsi makanan tanaman sendiri.

Set meja sarapan dengan pelbagai jenis roti, sepasu bunga dan semangkuk sayur dihias berwarna-warni.
Set meja sarapan dengan pelbagai jenis roti, sepasu bunga dan semangkuk sayur dihias berwarna-warni.

Selepas menanam dan menjaganya, sekarang tiba masa menuai

Kebelakangan ini, kita dapat melihat dengan lebih dekat tentang kesan positif daripada penanaman di rumah. Pertama, aspek sentuhan daripada pembenihan dan penanaman, kemudian kesejahteraan yang diperoleh daripada menjaga dan melihat pokok bertunas (pautan untuk keduanya disediakan di bawah). Jika anda pilih pokok boleh dimakan, sekarang masa untuk memperoleh ganjaran.

Banyak pokok – termasuk kucai dan tomato – sangat sesuai untuk dituai gigitan demi gigitan (memangkas tunas herba dapat melengahkan ia mekar dan melanjutkan musim). Seperti memberikan penggalak hijau yang segar untuk satu kali makan sehari.

Gantung herba anda untuk dikeringkan

Menanam herba ialah hadiah yang sentiasa memberi. Selain menggunakannya segar, banyak sesuai dikeringkan. Jadi, ia tahan lama dan rasanya kekal – dan ia boleh menukar penyangkut biasa menjadi sesuatu yang sangat cantik.

Pelihara dan lindung

Tidak kira penjerukan adalah trend kulinari semasa ataupun tidak, amalan ini amalan kuno, sangat mudah dan lazat. Letakkan makanan yang anda mahu simpan lebih lama ke dalam bekas dan isi dengan air jeruk. Voila, kecantikan dan rasa dihidang di dalam balang.

Lebih banyak rasa, lebih meriah

Ambil peluang ini untuk berkongsi hasil tanaman anda. Menanam sendiri menambah pengalaman ini, Jadi, mengapa tidak anda jemput lebih ramai orang untuk menyertainya? Alang-alang anda buat begini, cetuskan sebanyak mungkin rasa yang boleh – penyediaan meja, bunga (boleh dimakan) dan banyak lagi.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Fredrik Sweger
Penulis: Henrik Annemark