Bilik untuk remaja yang bergaya
Apabila menyediakan bilik untuk kanak-kanak yang memasuki zaman remaja, bilik mereka memerlukan keperluan, mood dan minat baharu. Kami mencipta ruang khas untuk orang muda yang menyukai fesyen.


Satu bilik, pelbagai keperluan
Stesen berbeza untuk aktiviti berbeza dapat mengoptimumkan ruang terhad. Contohnya, meja yang diletak di tengah-tengah ruang boleh digunakan untuk berbilang tujuan. Anda mudah bergerak dari tempat menjahit ke depan cermin dan juga melayari blog trending untuk mengetahui berita terkini.
Bilik pakaian tersembunyi di bawah katil
Sungguh menakjubkan melihat barang yang boleh diletakkan di bawah katil. Anda boleh meletakkan almari terbuka persendirian anda. Hanya langkah masuk, pilih baju pilihan anda dan keluar penuh keyakinan dan bergaya.
Semuanya terkawal
Mendandan diri pada waktu pagi, menjahit item fesyen atau mengatur barang anda. Aturkan barang anda supaya ia mudah dicapai mengikut aktiviti. Jadi, barang anda mudah dicapai apabila anda memerlukannya.
Meja sisi untuk katil loteng
Katil di sebelah atas menawarkan ketenangan dan keadaan terpencil. Anda lebih rasa seronok jika dikelilingi barangan keperluan harian anda. Dilengkapi rak di sebelah bantal anda yang boleh digunakan untuk membaca, meletakkan penggera dan lampu RIGGAD pengecas telefon, anda pasti akan tidur lena sepanjang malam.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Fredrik Biel
Jurugambar: Måns Jensen
Penulis: Henrik Annemark