Biarkan rumah anda bersinar dan berkilau
Cetuskan suasana gala di rumah anda! Tidak kira sama ada anda menyambut tahun baru atau hanya untuk menyeronokkan kehidupan seharian anda, di sini ada beberapa petua berkilauan yang menyeronokkan.


Hiasan untuk menonjolkan hadiah
Kotak pameran BARKHYTTAN memberikan makna baharu kepada seni kontemporari. Anda boleh ubah kandungannya dalam masa beberapa saat. Hanya ubah kandungan supaya sesuai untuk tetamu, mood atau tema parti istimewa. Letakkannya berdekatan supaya ia lebih menonjol.
Pencahayaan mood yang tidak pernah anda lihat
Pencahayaan lembut EVEDAL dan FADO dapat menceriakan mood di mana-mana sahaja. Bentuk organiknya dan hasil kaca yang diasapi boleh digunakan secara individu atau dikelompokkan bersama untuk meningkatkan lagi kesannya.
Tekstil yang sesuai untuk gala
Tekstil seperti bangku kaki FÄRLÖV dan kusyen SANELA yang berwarna lembut dan berkilau seperti baldu dapat membantu mencetuskan mood parti yang betul. Campur barangan bercorak atau sesuatu yang berkilat di atasnya.
Meja dulang ditukar menjadi arca kaca
GLADOM ialah campuran ideal penyampaian dengan fungsi. Selain bersaiz kecil dan fleksibel, apabila dulangnya dipenuhi botol dan kaca, ia akan menjadi pameran menegak yang cantik. (Sila maklum bahawa dulang di dasar ialah GLATTIS berasingan dan tidak terangkum.)
Sempurnakan lagi rumah anda
Sebarang parti boleh ditingkatkan statusnya dengan susunan piramid yang mencuar tinggi. Apabila harganya mampu milik seperti STORHET, anda pasti ada lebihan duit untuk membeli barang lain (seperti emas boleh dimakan yang menghiasi gelas kami).
Pameran yang cantik mekar
Gubahan bunga ada pelbagai rupa. Jika anda cukup bertuah kerana ada lebihan bunga selepas parti, anda boleh menggubah jambangan anda sendiri. Vas (dan kubah) kaca dapat memaksimumkan kesan visual.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Gretchen Broussard
Jurugambar: Fredrik Bjelkerud
Penulis: Henrik Annemark