Langkau ke kandungan utama

Biarkan matahari menerangi malam anda

Hari-hari yang cerah sudah tiba! Seolah-olah alasan itu masih tidak memadai untuk diraikan, anda boleh membiarkan matahari bekerja dua fungsi. Pencahayaan berkuasa suria menggunakan semula cahaya siang untuk anda bersantai di luar pada waktu malam dalam kehangatan yang berlarutan.

Sofa berwarna putih di patio batu semula jadi. Kusyen di atas sofa dan lampu pendan tergantung di atasnya, semuanya berwarna terang dan bercorak.
Sofa berwarna putih di patio batu semula jadi. Kusyen di atas sofa dan lampu pendan tergantung di atasnya, semuanya berwarna terang dan bercorak.

Berbaring dan pulihkan tenaga

Jika anda ada lampu LED berkuasa suria, hanya letakkannya berjemur di sisi anda. (Memandangkan ia terletak di situ, kenapa tak gunakannya sebagai payung untuk meneduhkan minuman sejuk?) Pada penghujung hari, anda masih ada bekalan tenaga suria.

Bawa keselesaan bersama

Tanpa perlu menggunakan kabel ataupun memasang bateri, lampu yang menggunakan tenaga suria amat mudah alih. Bawanya semasa berkelah, mengembara atau di mana-mana sahaja anda mendirikan khemah yang nyaman dan selesa untuk bermalam.

Pencahayaan parti sepanjang musim ini

Gantungkan beberapa lampu berkuasa suria yang meriah di tempat kegemaran, dan anda akan diingatkan setiap malam untuk menikmati detik itu – dan duduk di luar sementara masih boleh.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.