Langkau ke kandungan utama

Berenang, meluncur, tidur, ulangi!

Sesetengah orang menyukai bandar, mereka lebih menyukai laut. Temui pasangan muda yang mengamalkan kehidupan sederhana dekat dengan alam semula jadi yang mempunyai adrenalina tinggi dan sewanya rendah. Tempat tinggal bersama pertama kali mereka yang sangat kecil adalah tentang fungsi (dan keseronokan!), dengan keperluan fleksibel yang akan mengikuti mereka ke mana sahaja.

Dapur anda mengagumkan! Adakah sukar untuk merancangnya?

“Tidak sama sekali. Kami tidak mahu menghabiskan banyak masa dan wang, jadi kami memilih kombinasi dapur sedia ada secara dalam talian dan binanya sendiri. Ia hebat kerana kami boleh menambah bahagian-bahagian lain padanya bila-bila sahaja kami mahu atau membawanya bersama apabila kami berpindah ke tempat baharu.”

Berterus-teranglah: semua orang memerlukan lebih storan dapur. Unit rak tambahan ini mudah disimpan dan dialihkan serta diubah suai untuk rumah baharu mereka.

Menjimatkan masa, ruang dan elektrik – hob aruhan mudah alih ini sangat baik untuk pasangan ini, dapur kecil mereka dan juga planet kita.

Ingin mengurangkan penggunaan plastik pakai buang? Tentu sekali anda mahu. Membungkus snek dan makanan anda sendiri untuk dibawa bersama betul-betul dapat membuat perbezaan.

Apa-apa petua untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang kecil?

“Tidak perlu mematuhi norma. Bersikap fleksibel. Gabungkannya. Ruang makan dan ruang tamu kami diinspirasikan oleh van pekhemah. Menggabungkan sofa dan meja makan bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi juga rasa lebih selesa dan kasual. Kami suka bersantai di sana. Rakan-rakan kami pun rasa begitu.”

Beberapa pelawat tambahan? Tiada masalah. Bangku boleh tindan ini juga sesuai digunakan sebagai meja sisi.

Pembahagi ruang sekarang, apa saja kemudian. Untuk kebebasan dan kefleksibelan, percayalah kepada kombinasi IVAR untuk melakukannya.

Ini merupakan tempat pertama kami, jadi matlamat kami ialah tidak mempunyai banyak barang. Jika kami betul-betul tidak memerlukan atau menyukainya, kami tidak akan memilikinya. Mudah sahaja.

Satu pengajaran yang anda dapati semasa tinggal di sini?

“Hidup bahagia tidak semestinya rumit. Kami tidak ada banyak benda, tetapi kami ada semua yang diperlukan untuk berasa gembira: ruang luar yang besar sebagai kawasan belakang rumah kami dan katil yang selesa menunggu kepulangan kami. Apa lagi yang kami mahu?”

Tiada tempat untuk meletakkan meja sisi, jadi pasangan ini mengubah ruang di belakang kepala katil mereka kepada Pelan B yang bijak.

Sesetengah orang kata sarapan ialah hidangan yang paling penting. Yang lain pula kata ia paling lazat. Setuju kedua-duanya.

Apabila anda boleh dikatakan hanya memakai dua pasang seluar jean, kenapa perlukan almari pakaian bersaiz besar?

Untuk orang yang mengamalkan cara hidup berpindah-randah, apakah makna “rumah” bagi anda?

“Mempunyai ruang yang dianggap milik sendiri tidak kira betapa kecilnya. Tempat yang menunggu kepulangan anda. Tempat untuk berehat dan memulihkan tenaga. Walaupun hanya untuk mandi sekejap sebelum kami keluar semula!”