Langkau ke kandungan utama

Bawa masuk keajaiban alam semula jadi ke dalam rumah anda

Tumbuh-tumbuhan merupakan teman sebilik yang sempurna. Ia menyerikan, menghidupkan dan memesrakan suasana tanpa memerlukan terlalu banyak belanja atau usaha. Ia menemani anda tetapi tidak menimbulkan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh atau stoking yang kotor. Ia juga kelihatan indah dengan hampir mana-mana sudut yang kosong. Bawa masuk beberapa jenis tumbuh-tumbuhan ke dalam rumah anda hari ini – ia mungkin permulaan persahabatan yang indah.

Rasa segar

Tumbuh-tumbuhan mengurangkan tekanan dan warna hijau bermanfaat untuk tidur malam yang nyenyak. Jadi, kenapa tidak mewujudkan zon tidur yang lebih nyaman dan selesa dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai pembahagi ruang yang tidak mahal dan hiasan?

Tukar tumpuannya

Pokok di dalam pasu hiasan pada ketinggian yang berbeza-beza di suatu sudut melembutkan garis tegak, menyembunyikan ketidaksempurnaan pada dinding dan menyerikan lagi seluruh ruang.

Biak tumbuh-tumbuhan hijau anda

Gandakan koleksi tanaman anda dengan membahagikan pokok-pokok yang lebih besar dan memotong tangkai dan tumbuhan anak. Jika anda seorang pekebun yang sabar, anda mungkin juga mahu mencuba menanam biji buah dan sisa sayuran – hobi yang menyeronokkan dan tidak mahal yang berkembang dalam diri anda.

Taman mini menegak

Jika anda teringin lebih banyak jenis tumbuh-tumbuhan tetapi ruang tidak mengizinkan, anda boleh memasang para untuk meletakkan pasu dan vas yang lebih kecil pada ketinggian yang berbeza-beza. Pengaturan gantung dapat menampung banyak jenis tumbuh-tumbuhan dan sangat sesuai di dapur dan juga bilik mandi.

Untuk kehidupan harian yang lebih baik

Jika anda cukup bertuah untuk memiliki balkoni, teres atau taman yang besar, anda dapat membina taman botani yang menenangkan dengan kombinasi pokok-pokok besar dan kecil. Letakkannya pada aras yang tinggi dan rendah, ditanam di tanah atau di dalam pasu (atau kedua-duanya) dan sentiasa di penjuru. Kurang anda dapat melihat dinding, maka lebih baik. Menutupi lantai dan menambah pencahayaan yang selesa mewujudkan suasana yang nyaman seolah-olah berada di dalam bilik – tempat yang sungguh indah untuk menikmati cahaya matahari, hujan, waktu pagi, waktu malam atau hanya secawan teh biasa.

Hiasan yang lazat

Herba beraroma mengisi masakan anda dan juga dapur anda dengan kesegaran. Kaki pokok dengan lima pasu pokok yang praktikal ini membolehkan anda mendapatkannya dengan mudah tanpa mengambil banyak ruang permukaan atas kaunter.

Lebih banyak pokok dan juga storan

Jika anda suka tumbuh-tumbuhan, ambang tingkap anda berkemungkinan besar akan terisi penuh dengan pantas. Memandangkan sukar untuk mempunyai terlalu banyak para, kenapa tidak mewujudkan lebih banyak ruang untuk tumbuh-tumbuhan dan juga buku anda?

Apakah gaya anda?

Menggunakan pasu pokok dengan bentuk yang ringkas dan hanya satu warna akan menghasilkan penampilan yang moden dan terselaras walaupun tumbuh-tumbuhan anda berbeza sama sekali. Untuk penampilan eklektik – lakukan sebaliknya.

Pasu yang pokok anda akan sayangi

Pokok membawa masuk alam semula jadi ke dalam rumah dengan cara yang berkesan, tetapi ia boleh jadi sukar untuk membuatnya segar dan subur. Pasu pokok pengairan sendiri membantu anda menjaga pokok anda, dan roda pula memudahkannya lagi untuk mencari tempat kegemarannya.