Apabila gaya bertemu dengan storan
Sering dapat dirasakan bahawa rumah yang indah dan rumah yang praktikal merupakan dua konsep yang berbeza sama sekali. Sebenarnya: tidak! Sebagai contoh, lihat rumah keluarga yang kelihatan segar ini yang membolehkan bentuk dan fungsi wujud bersama-sama sepanjang masa. Ia merupakan tempat yang mudah disukai dan juga selesa untuk tinggal.
Rasa nyaman dan selesa
Beberapa cangkuk, beberapa para, beberapa laci, beberapa kotak. Menggabungkan jenis storan yang berbeza, besar dan kecil, mewujudkan daya tarikan yang kasual dan menggoda di ruang depan ini. Ia merupakan rumah yang anda ternanti-nanti hendak pulang, sebaik sahaja anda melangkah keluar dari pintu!
Salah satu atau kedua-duanya!
Ada orang suka penampilan moden, ada pula suka penampilan tradisional, dan ramai lagi suka antaranya. Set ruang makan ini mengimbangi kedua-duanya dengan indah: bentuk meja kayu yang menarik berpasangan dengan baik dengan bentuk kerusi lebih bulat yang lebih lembut berwarna kelabu.
Storan yang menimbulkan tanggapan
Cipta unit “tersuai” anda sendiri seperti ini dengan menggabungkan dan memadankan kabinet-kabinet yang berbeza dalam saiz dan warna yang berbeza. Kombinasi storan terbuka dan juga tertutup memberi anda kebebasan untuk menyembunyikan dan juga mempamerkan barang-barang anda.
Lebih bersemangat, kurang kerja menyusun
Unit rak yang moden dan anggun ini mengubah fail dan kertas kerja keluarga menjadi sesuatu yang memberikan inspirasi. Aksesori berwarna putih dan yang dibuat daripada gentian semula jadi, berpasangan dengan lukisan pada dinding di atas, menyatukan penampilannya.
Keindahan yang mengecurkan air liur
Pulau dapur berubah menjadi tarikan seni bina kerana bahagian hadapan kabinet yang minimal ini dengan penampilan kayu ash lembut. Laci bersaiz besar di belakang menawarkan storan yang lebih daripada mencukupi untuk seluruh keluarga dengan pemilihan makanan yang berbeza.
Ruang di tempat yang anda paling tidak menjangkakannya
Penyelesaian yang besar dan lasak ialah langkah 1 strategi storan mana-mana rumah, tetapi mencari dan menggunakan tempat yang lebih kecil dan kurang menonjol, itulah perkara yang benar-benar menarik. Sebagai contoh, laci tersembunyi ini memaksimumkan setiap inci ruang yang tidak digunakan di dapur anda.