Langkau ke kandungan utama

Adakan jamuan makan musim luruh untuk tetamu yang bermalam, bahagian I

Ruang terhad tidak sepatutnya menghalang anda daripada mengadakan parti lewat musim luruh yang meriah. Dengan sedikit persediaan, anda dapat menyertai dan juga membuat tetamu berasa selesa sepanjang masa mereka berada di samping anda.

Bahagian dalam gaya kabin kayu balak dengan bufet yang kecil namun meriah di atas troli dapur kembar; pendiangan palsu di penjuru.
Bahagian dalam gaya kabin kayu balak dengan bufet yang kecil namun meriah di atas troli dapur kembar; pendiangan palsu di penjuru.

Sambut setiap orang dengan kit makan malam

Menjadi tuan rumah kepada ramai orang dengan ruang yang terhad menjadi lebih mudah dengan sedikit persediaan. Seperti cangkuk untuk setiap tetamu dengan penyangkut dan keperluan makan malam yang disediakan terlebih dahulu tergantung padanya. Perjumpaan yang diadakan mungkin penuh sesak, tetapi masih ada ruang untuk sentuhan peribadi.

Ruang berkongsi, set minda berkongsi

Biarkan hadiah dalam bentuk kit makan malam peribadi memberikan petunjuk yang tidak serius tentang bufet dan tempat duduk terbuka. Lagipun tidak ada yang sebagus beg yang berisi kelengkapan peribadi untuk memulakan perjumpaan dengan baik.

Biar semua orang tahu tempat mereka

Menetapkan tempat untuk setiap tetamu gunakan sebagai milik masing-masing – sudut bilik, atau cangkuk untuk menggantungkan barang-barang – mengosongkan ruang dan memastikan keadaan teratur. Lebih penting lagi, ia membantu tuan rumah melupakan tentang praktikalnya dan menumpukan pada detik semasa.

Jangan terperangkap dalam pemikiran bahawa rumah anda terlalu kecil untuk mengadakan keraian keluarga yang besar. Ia merupakan kelebihan! Bersedia lebih awal untuk membuatkan segala-galanya berjalan dengan lancar, dan gunakan ruang terhad untuk mewujudkan rasa rapat yang selesa.

Saša Antić, pereka hiasan dalaman IKEA

Meja kecil yang muat untuk makan malam yang besar

Dengan bufet layan diri dan tempat duduk bebas, permukaan kecil memang mencukupi. Lagipun anda tidak perlu bimbang akan ruang hidang dan tempat duduk meja yang besar. Sepasang pulau dapur beroda mengandungi makanan untuk ramai orang, dan mudah dialihkan untuk diakses atau disembunyikan.

Mudah disediakan, dihidangkan dan dibersihkan

Balang kaca sangat sesuai untuk bufet atau hidangan yang disediakan lebih awal. Kerja-kerja menghidang dan membersihkan diminimumkan. Lebih baik lagi, ia menghasilkan pameran yang menyelerakan bagi hampir-hampir semua jenis makanan (terutamanya apabila mengumpulkan kandungan yang berbeza sebelah-menyebelah).

Simpan bahagian yang paling manis untuk penghujung

Selepas semua orang berasa kenyang, tiba masanya untuk mengubah ruang makan kembali menjadi ruang tamu. Dalam keadaan ini, ia sungguh mudah. Hanya tolakkan bufet dan pulau dapur ke tempat yang tidak menghalang laluan dan beri diri anda dan tetamu anda ganjaran yang manis.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Saša Antić
Jurugambar: Fredrik Bjelkerud
Penulis: Henrik Annemark