Langkau ke kandungan utama

Ada kalanya, tiada apa-apa yang dapat menyebabkan anda hilang perimbangan

Manfaat tidur sekejap pada waktu siang tidak mungkin dapat ditekankan lagi kepentingannya, jadi tidak perlu berasa malas untuk memanjakan diri tidur sekejap. Pakar sentiasa memberitahu kita bahawa hanya perlukan masa 10 minit untuk memulihkan tenaga. Selepas mendapat tidur tambahan, anda sudah bersedia untuk menghadapi hampir apa-apa sahaja – malah ubah rupa yang mengejutkan.

Seorang budak perempuan menyelinap keluar dari bilik tidur yang moden, selepas melukis misai kucing pada muka ibunya yang sedang tidur di atas katil MALM.
Seorang budak perempuan menyelinap keluar dari bilik tidur yang moden, selepas melukis misai kucing pada muka ibunya yang sedang tidur di atas katil MALM.

Manjakan diri anda dengan tidur sekejap

Apabila tiba masanya untuk merehatkan kepala anda, walaupun hanya untuk beberapa minit, sesetengah tempat adalah lebih menggoda daripada yang lain. Penyelesaian yang hebat ialah kusyen. Kusyen besar – betul-betul padan dengan sarung kusyen GURLI – sungguh sesuai digunakan untuk menyandarkan badan anda.

Impian mereka yang berkaki ayam

Ambal STOENSE membantu mewujudkan suasana santai yang sesuai di rumah. Pail tebal yang dipintal lembut mengurangkan bunyi dan merupakan impian mereka yang berkaki ayam. Pilih satu yang anda sukai, atau letakkan beberapa sebelah-menyebelah.

Kelembutan yang unggul

Kusyen berwarna ketara, seperti kusyen HANNELISE bercorak pucuk rebung, menimbulkan tanggapan di mana-mana sahaja anda meletakkannya. Ia lebih menyerlah apabila diletakkan di sebelah tekstil warna padu.

Serba guna adalah paling baik

Sama ada untuk tidur sekejap atau tidur selama lapan jam penuh, sesetengah katil adalah lebih menggoda daripada yang lain. Dengan reka bentuknya yang kemas dan ringkas, katil MALM kelihatan hebat di mana-mana sahaja anda meletakkannya – secara bebas atau dengan kepala katil bersandar pada dinding. Sisinya boleh dilaraskan, jadi anda dapat menggunakan tilam dengan ketebalan yang berbeza. Di bawah katil pula, terdapat dua laci yang menyediakan banyak ruang storan.