Ada harinya, cara terbaik untuk kekal seimbang ialah tidur lama sedikit
Perkara yang mesti dilakukan mungkin tidak dapat dielakkan dalam kehidupan harian, tetapi kita masih dapat memanjakan sedikit diri kita apabila timbulnya setiap peluang. Jadi, walaupun tidur lama sedikit yang kronik tidaklah baik untuk kualiti tidur, terdapat pagi-pagi tertentu apabila perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah bersetuju untuk tidur lama sedikit yang tidak disangka-sangka. Mendapat beberapa minit lagi yang berharga untuk memejamkan mata mungkin akan menyelamatkan hari anda.


Beri kepala anda rehat yang sewajarnya
Kita semua mempunyai pilihan bantal yang berbeza. Bantal ergonomik KLUBBSPORRE dibuat daripada busa memori, mempunyai lapisan gel yang dingin di atasnya. Busa tersebut menyokong kepala, leher dan bahu anda, melegakan tegangan dan tekanan, sementara gel menyediakan permukaan yang sejuk dan nyaman. Yang paling baik, ia sesuai untuk semua gaya tidur.
Paduan kapas yang bijak untuk keselesaan lebih baik
Satu lagi kunci untuk keselesaan? Kelengkapan tidur. Kuilt dan sarung bantal KUNGSBLOMMA ditenun menggunakan yan terbaik yang dibuat daripada kapas dan lyocell, gentian selulosa yang dibuat daripada kayu. Paduan tersebut menyerap dan menyingkirkan lembapan daripada tubuh anda dan memastikan anda berasa selesa sepanjang malam.
Alami pelukan kepala katil
Berikan penampilan yang lebih selesa kepada bilik tidur anda dengan rangka katil upholsteri TUFJORD. Ia mempunyai kepala katil bulat yang bukan sahaja menjadikannya lebih selesa untuk berdakapan apabila tiba masanya untuk tidur; ia juga merupakan godaan untuk tidur sekejap bila-bila masa pada waktu siang. Hebat untuk mengekalkan tumpuan dan banyak lagi.
Rasai keselesaan dengan ambal
Ambal sangat baik untuk mewujudkan suasana yang hangat dan selesa hampir di mana-mana sahaja. Ambal pail rendah BRÖNDEN dibuat dengan tangan oleh tukang-tukang yang mahir dari India, bermakna setiap satu adalah unik. Selain itu, oleh sebab ia dibuat daripada 100% bulu biri-biri, ia semula jadinya tidak telap air dan sangat tahan lama.
Tinggalkan dunia di luar
Wujudkan suasana yang sempurna di dalam bilik tidur anda dengan banyak tekstil yang mengurangkan bunyi dan bidai penghalang cahaya yang menjadikan bilik anda lebih gelap pada waktu malam – dan menghalang cahaya matahari pagi apabila tidak diingini. Jika anda memilih bidai FYRTUR, anda tidak akan perlu meninggalkan katil anda untuk melaraskannya, hanya gunakan alat kawalan jauh. Perlukan lebih lagi untuk mendapat kegelapan yang anda mahu? Cuba gunakan penutup mata sebagai penghalang tambahan.