Langkau ke kandungan utama

Kemudahan mesra keluarga

Kanak-kanak adalah orang paling penting di dunia bagi kami.

Kanak-kanak di bilik bola
Kanak-kanak di bilik bola

Di gedung IKEA, kami mempunyai pelbagai kemudahan untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat di realisasikan dan pengalaman membeli-belah lebih bermakna.

Bilik menukar lampin

Di gedung IKEA, kami menyediakan bilik buat bayi menukar lampin untuk kemudahan buat ibu bapa yang mempunyai bayi. Ketahui lebih lanjut tentang småles

Ruang membeli-belah

Buat mereka yang paling penting di dunia ini layak untuk punyai pilihan perabot yang direka khas buat mereka. Anda akan melihat pelbagai seleksi pilihan berwarna-warni, dan produk menarik buat bilik kanak-kanak. Sudah tentunya berbagai jenis mainan terdapat di sini.

Ruang menjamu selera

Jika anak-anak anda tidak gembira, anda juga pastinya tidak senang hati. Terutamanya jika anda membeli belah bersama. Dengan menu istimewa dan ruang untuk permainan buat kanak-kanak memang tidak dapat kami pisahkan! Kemudahan lain juga menjadi pelengkap seperti kerusi tinggi dan pemanas mikro untuk memanaskan susu. Kami juga mempunyai bilik buat bayi anda berdekatan dengan restoran untuk anda dan bayi.

Kelab Kanak-Kanak Percuma - småles

Jika anda berusia di antara 4-12 tahun (mengikut tarikh lahir atau sehingga 3 bulan ke hari lahir ke 13 anda), anda boleh mendaftar dan menikmati minuman percuma, hidangan kanak-kanak berdiskaun, promosi istimewa bersama rakan terpilih dan sebagainya!

Ketahui lebih lanjut tentang småles

Ruang bermain

Semasa ibu bapa sedang membeli-belah di IKEA, kanak-kanak juga boleh bersinggah dan bermain di Småland - kawasan permainan yang diselia untuk melompat, memanjat, berlari dan melantun.

Småland adalah tempat bermain untuk kanak-kanak berketinggian antara 100cm hingga 130cm.

Waktu operasi Smaland:

IKEA Damansara

IKEA Cheras

IKEA Tebrau

IKEA Batu Kawan

Anda mungkin berminat dengan