Langkau ke kandungan utama

IKEA gift card

Apabila anda tidak pasti apakah hadiah yang sesuai untuk dibeli dan terlalu banyak produk untuk dipilih, apa kata anda biarkan mereka memilih sendiri. Ia sangat sesuai dijadikan hadiah sempena musim perayaan, perkahwinan dan hadiah rumah baru. IKEA Gift Card tiada had penggunaan.

Anda hanya perlu memilih IKEA Gift Card dan minta kaunter bayaran untuk memuatkannya dengan nilai yang anda ingin berikan. Nilai IKEA Gift Card adalah antara RM50 hingga RM1,000.

Bagaimana IKEA Gift Card berfungsi?

IKEA Gift Card ini mempunyai fungsi yang sama seperti wang tunai, oleh itu ia boleh digunakan di kaunter bayaran, Restoran, Bistro, Kedai Khas Makanan Sweden dan IKEA CAFÉ. Anda boleh membuat pembelian berganda dengan kad yang boleh ditambah nilainya. Kad ini tiada nilai sehingga dibeli dan hanya boleh digunakan di negara pembelian itu.

Nilai yang terdapat pada IKEA Gift Card tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Kad yang hilang atau dicuri tidak akan diganti. IKEA Gift Card akan luput jika tidak digunakan selama dua tahun.


Mencari hadiah korporat yang sempurna?

IKEA gift cards – 'satu-hadiah-sesuai-semua' jadi anda tidak perlu memilih. Hubungi IKEA for Business untuk mendapatkan bantuan dengan pembelian korporat anda.


Anda mungkin berminat dengan