IKEA menarik balik satu kelompok lampu siling CALYPSO atas sebab risiko terendak terjatuh

Penarikan balik produk CALYPSO

IKEA menarik balik satu kelompok lampu siling CALYPSO atas sebab risiko terendak terjatuh

26-09-2018 05:00 PM

[Nasional] IKEA menggesa semua pelanggan yang membeli lampu siling CALYPSO selepas 1 Ogos 2016 mengesahkan cop tarikh pada produk tersebut. IKEA memanggil balik lampu siling yang dikilangkan antara dan termasuk tarikh-tarikh ini: (ttmm) 1625 hingga 1744.

IKEA telah menerima laporan pelanggan tentang terendak lampu terjatuh dan bagi meminimumkan risiko terhadap pelanggan kami, IKEA memanggil balik lampu siling CALYPSO yang dikilangkan antara dan termasuk cop tarikh- tarikh ini: (ttmm) 1625 hingga 1744. Walau bagaimanapun tidak ada insiden seumpamanya dilaporkan di Malaysia.

IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki lampu siling yang dikilangkan dengan cop tarikh berkenaan memulangkan produk ke gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian/resit tidak diperlukan.

IKEA menangani isu keselamatan produk secara amat serius. Semua produk kami telah diuji dan mematuhi standard dan perundangan yang ditetapkan. Namun begitu kami telah menerima laporan bahawa terendak lampu CALYPSO telah jatuh. Bagi melindungi pelanggan dan mengelakkan insiden daripada berlaku lagi, kami memanggil balik lampu siling CALYPSO yang dikilangkan dengan cop tarikh berkenaan untuk bayaran balik sepenuhnya.

“Walaupun kebarangkalian ia akan terjadi adalah rendah, risikonya adalah mencukupi bagi IKEA memanggil balik produk tersebut”, kata Emilie Knoester, Pengurus Kawasan Perniagaan Pencahayaan dan Pintar Kediaman di IKEA of Sweden dan seterusnya dia berkata: “Keselamatan pelanggan merupakan keutamaan teratas bagi IKEA, yang menjadi sebab kami memilih untuk memanggil balik kelompok yang terkesan sebagai langkah berjaga-jaga”.

 IKEA memohon maaf atas segala kesulitan dan berterima kasih kepada pelanggan atas kesabaran mereka. Untuk maklumat selanjutnya, sila ke kaunter Penukaran & Pemulangan atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

Arahan tentang cara untuk menanggalkannya secara selamat dan apa yang perlu dicari, sila lihat di bawah.

Tanggalkan secara selamat seperti ini:

tanggalkan CALYPSO

Tarik keluar lengan boleh alih.

tanggalkan CALYPSO

Tanggal penutup lampu sambil anda terus memegang, menarik keluar lengan boleh alih.

tanggalkan CALYPSO

IKEA menggesa pelanggan untuk melihat rupa cop tarikh seperti ini: Cop tarikh yang tepat berformat seperti ini: TTMM|1625 hingga 1744

IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama pelanggan.

Untuk lebih maklumat, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 03-7952 7575

Anda mungkin berminat dengan