IKEA menarik balik meja boleh dipanjangkan GLIVARP atas sebab risiko unit sambungan terjatuh

Penarikan balik produk GLIVARP

IKEA menarik balik meja boleh dipanjangkan GLIVARP atas sebab risiko unit sambungan terjatuh

27-11-2018 03:00 PM

[Nasional] IKEA menggesa semua pelanggan yang membeli meja makan boleh dipanjangkan putih berkabut GLIVARP agar berhenti menggunakan produk yang dipanggil balik ini dan menghubungi IKEA bagi mendapatkan bayaran balik penuh.

IKEA telah menerima laporan pelanggan tentang unit sambungan pada meja makan boleh dipanjangkan GLIVARP tertanggal daripada selusur dan terjatuh. Walau bagaimanapun tidak ada kejadian sedemikian dilaporkan di Malaysia.

IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki meja GLIVARP agar memulangkan produk tersebut ke gedung IKEA untuk bayaran balik penuh. Bukti pembelian/resit tidak diperlukan.

IKEA menangani keselamatan produk secara amat serius. Semua produk kami telah diuji dan mematuhi standard dan perundangan yang ditetapkan. Namun begitu kami ada menerima laporan bahawa bahagian sambungan pada meja GLIVARP telah terjatuh.

IKEA memohon maaf atas segala kesulitan dan berterima kasih kepada semua pelangganatas kesabaran mereka. Untuk maklumat selanjutnya, sila ke kaunter Penukaran dan Pemulangan atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 03-7952 7575.

xchange & Returns counters in the IKEA stores or contact the IKEA Customer Contact Centre at 03 7952 7575.

Anda mungkin berminat dengan