IKEA menarik balik basikal SLADDA atas sebab risiko terjatuh jika tali pemacu putus
24-05-2018 01:00 PM
[Nasional] IKEA telah dimaklum dan dinasihatkan oleh pembekal komponen yang terkemuka agar memanggil balik basikal SLADDA, atas sebab isu-isu keselamatan yang dikaitkan dengan tali pemacu.
IKEA telah dimaklum dan dinasihatkan oleh pembekal komponen yang terkemuka agar memanggil balik basikal SLADDA, atas sebab isu-isu keselamatan yang dikaitkan dengan tali pemacu. Tali pemacu boleh putus secara tiba-tiba, yang mana boleh mengakibatkan penunggang terjatuh. Atas sebab ini IKEA mengambil langkah-langkah pencegahan dengan memanggil balik semua basikal SLADDA dan menggesa agar pelanggan berhenti menggunakan basikal ini. Sebelas laporan berkaitan insiden tersebut telah diterima IKEA, dengan dua kecederaan ringan. Tidak ada insiden sejauh ini dilaporkan di Malaysia.
Basikal SLADDA telah dianugerahkan dengan “Red dot Award” kerana reka bentuknya dan bermula Ogos 2016, telah dijual di 26 pasaran. Kami bangga dengan keindahan SLADDA dan dengan tujuan untuk mewujudkan penyelesaian pengangkutan bandar yang lestari. Kami juga sedar terdapat ramai pelanggan IKEA yang sayangkan basikal SLADDA mereka, tetapi bagi IKEA, keselamatan diutamakan.
Pelanggan yang memiliki basikal SLADDA digesa berhenti menggunakannya dan mengembalikannya ke gedung IKEA bagi mendapatkan bayaran balik sepenuhnya. Aksesori yang direka bentuk khusus untuk disesuaikan dengan SLADDA; rak hadapan dan rak belakang akan juga dibayar balik. Bukti pembelian/resit tidak diperlukan untuk bayaran balik sepenuhnya.
IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama pelanggan.
Untuk lebih maklumat, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 03 7952 7575.

