IKEA memanggil balik pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK dan TALRIKA
17-05-2020 14:00 PM
[NASIONAL] IKEA memanggil balik pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK dan TALRIKA atas sebab risiko pecah dan melecur
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK atau TALRIKA untuk berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik penuh.
Keselamatan merupakan keutamaan teratas IKEA dan dengan itu kami sedang mengambil langkah berhati-hati serta memanggil balik pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK dan TALRIKA kerana ia boleh pecah dan berkemungkinan mengakibatkan melecur disebabkan kandungan yang panas. Produk kami telah diuji serta mematuhi standard dan perundangan yang diguna pakai. Meskipun begitu kami telah menerima laporan bahawa produk ini telah pecah, namun tidak ada insiden sedemikian yang telah dilaporkan di Malaysia.
HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan di kaunter Penukaran dan Pemulangan di mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575. IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul yang disebabkan oleh pemanggilan balik produk ini.

