Langkau ke kandungan utama

Dasar Privasi Data Peribadi

IKANO HANDEL SDN. BHD.
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia 

Dasar Privasi Data Peribadi ini dikemas kini mulai 1 Mac 2025.

Pelanggan dan tetamu IKEA yang dihormati,

Dasar Privasi Data Peribadi untuk data peribadi (“Dasar”) ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan tetamu kami yang dihargai bagi Ikano Handel Sdn. Bhd. (“IKEA”, “kita”, “kami”, “milik kita” atau “milik kami”), menurut Akta Perlindungan Data Peribadi (“APDP”).

Setiap hari kami berusaha untuk menambah baik kehidupan sehari-hari seramai mungkin orang, bukan sahaja melalui produk kami, tetapi juga melalui perkhidmatan kami. Dalam banyak keadaan, ini memerlukan kami untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, mengedit, berkongsi dan/atau menghapus (secara kolektif dirujuk sebagai "Proses") data peribadi anda.

Sepintas lalu

Ia adalah penting untuk anda mengetahui perkara berikut tentang kami:

  • Kami Memproses data peribadi anda untuk menyesuaikan pengalaman membeli-belah anda di IKEA dengan lebih baik mengikut keperluan anda. Sebelum kami mengumpul data peribadi anda, kami ingin menjelaskan kepada anda tentang cara bagaimana kami mengendali dan menguruskannya.
  • Kami terbuka dan jujur ​​tentang data yang kami kumpulkan daripada anda dan mengapa kami melakukannya.
  • Kami hanya berkongsi data anda dengan pihak ketiga jika perlu, contohnya untuk membuat janji temu penghantaran atau pemasangan.
  • Kami menghormati bahawa data peribadi anda adalah milik anda. Oleh itu, anda sentiasa boleh memberitahu kami bahawa anda tidak lagi memberi kebenaran untuk kami Memproses data peribadi anda.
  • Cara kami mengendalikan data peribadi anda dan memastikannya selamat adalah sepenuhnya mengikut APDP.

Apakah data peribadi?

Ia adalah sebarang maklumat yang mengenal pasti anda sebagai orang. Data peribadi memberikan maklumat tentang identiti anda. Ini boleh dilakukan secara langsung, contohnya nama anda. Tetapi itu juga boleh dilakukan dengan cara tidak langsung, seperti alamat anda.

Mengapa kami memproses data peribadi anda?

Kami Memproses data peribadi anda untuk pelbagai tujuan termasuk:

  • untuk berkomunikasi dengan anda
  • menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda
  • untuk memberi respons terhadap pertanyaan atau aduan anda
  • untuk memberikam anda maklumat dan/atau kemas kini tentang produk, perkhidmatan dan/atau promosi yang ditawarkan oleh IKEA dan pihak ketiga terpilih
  • untuk tujuan lain yang diperlukan untuk beroperasi
  • untuk memproses permohonan kerja anda
  • untuk mengekalkan perniagaan kami seperti yang dinyatakan dalam Dasar kami

Terdapat beberapa pengecualian yang mana undang-undang tertentu memerlukan kami Memproses data peribadi anda. Kami akan memberitahu anda tentang perkara ini pada bila-bila mana yang kami boleh.

Bilakah kami memproses data peribadi anda?

Kami hanya Memproses data peribadi anda apabila:

  • ada tujuan untuknya
  • anda telah dimaklumkan tentang Pemprosesan data peribadi; dan
  • terdapat asas undang-undang untuk Pemprosesan data peribadi anda

Gabungan data peribadi yang berbeza-beza Diproses dalam situasi yang berbeza-beza.

Bagaimanakah kami melindungi data peribadi anda?

Kami melaksanakan langkah keselamatan organisasi, teknikal dan fizikal bagi mencegah penggunaan, akses, pendedahan, pengubahsuaian dan pelupusan tanpa kebenaran data peribadi anda.

Apakah prinsip di bawah APDP?

  • Prinsip Umum
  • Notis dan Prinsip Pilihan
  • Prinsip Pendedahan
  • Prinsip Keselamatan
  • Prinsip Pengekalan
  • Prinsip Integriti Data
  • Prinsip Akses

Dasar Privasi Data Peribadi Tertentu

Bahagian di bawah memperincikan cara khusus kami Memproses data peribadi anda.


Kemas kini tentang Dasar ini

Kami mungkin mengemas kini Dasar ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan dalam amalan kami atau undang-undang yang berkaitan. Kami menggalakkan anda menyemak Dasar ini secara berkala agar sentiasa termaklum tentang cara kami Memproses data peribadi anda.

Adakah anda mempunyai permohonan data peribadi?

Sila lengkapkan borang permohonan data kami untuk:

  • mengemas kini data peribadi anda
  • meminta akses kepada data peribadi anda
  • menghapus data peribadi anda
  • menyerahkan sebarang permohonan berkaitan dengan data peribadi lain

Klik di sini untuk menyerahkan permohonan data anda.

Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan penuh, hubungi kami untuk perundingan dasar privasi data peribadi.

Pegawai Perlindungan Data
Ikano Handel Sdn Bhd
2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Alamat e-mel: [email protected]  


Pembelian dan sokongan pelanggan

Mencipta profil

Dalam linkungan gedung kami 

Perkhidmatan dalam talian

Additional services

Bekerja di IKEA