Langkau ke kandungan utama
Langkau ke senarai produk

Siri BILLY

Pada suatu masa dahulu, rak buku kecil merupakan perabot klasik yang disayangi di seluruh dunia. Seperti kebanyakan barang yang kecil, ia berkembang. BILLY ialah rak buku moden, kini lebih mudah disesuaikan dan digunakan dalam lebih banyak cara, bukan sekadar menyimpan buku. BILLY boleh jadi kecil dan sederhana atau besar dan mewah mengikut kemahuan anda.

Simpan dan pamerkan apa-apa saja, di mana saja

Sama ada anda memerlukan rak buku penjuru yang besar, kabinet yang tidak lebar untuk ruang yang pelik atau storan untuk kasut anda – pasti ada rak buku BILLY yang dapat menyempurnakan tugas itu.

Ruang tamu yang mempunyai kombinasi penjuru rak buku dengan unit pemanjangan BILLY yang penuh dengan buku dan hiasan.
Tiga rak buku BILLY berwarna putih yang penuh dengan buku, fail majalah dan item-item lain terletak sebelah-menyebelah di ruang tamu.
Rak buku berpintu kaca BILLY/OXBERG yang penuh dengan kelengkapan hidangan dan barang-barang kaca terletak di sudut yang ganjil di ruang makan.
Kombinasi rak buku dengan pintu BILLY/OXBERG dalam kesan kayu oak berwarna hitam yang mempunyai buku, kotak dan item-item hiasan di atas para.
Rak buku berpintu BILLY/OXBERG dalam kesan kayu oak berwarna coklat gelap terletak bersandar pada dinding dekat dengan dapur dan ruang makan.

Para yang dapat dilaraskan dengan mudah

Perlukan lebih ruang di antara para untuk memuatkan vas yang tinggi (atau patung zirafah)? Tiada masalah. Dengan rak buku BILLY, mudah sahaja bagi anda melaraskan ruang di antara para. Luangkan tempat untuk kotak yang besar atau kecilkan ruang untuk menonjolkan item-item dan kolektibel yang kecil.

Kombinasi rak buku dengan unit pemanjangan BILLY dalam kesan kayu oak yang mempunyai objek-objek hiasan dan vas di atas para.
Kombinasi rak buku dengan unit pemanjangan BILLY dalam kesan kayu birch yang mempunyai banyak buku dan item hiasan di atas para.

Serlahkan rak buku BILLY anda

Tambah pencahayaan untuk menyerlahkan gaya rak buku anda, tambah suasana yang nyaman di ruang itu dan pamerkan barang-barang kegemaran anda.

Kukuhkannya ke dinding

Untuk mengelakkan kemalangan akibat rebah, anda mesti mengukuhkan rak buku BILLY anda ke dinding menggunakan peranti lekapan dinding yang disertakan.

Lihat maklumat lanjut tentang keselamatan

Susun dan Penapis

99 barangan
Bandingkan

    Senarai keputusan

    Memaparkan 24 daripada 99 keputusan
    Tunjukkan lagi