Hari Raya bersama IKEA
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan tahunan yang disambut menandakan berakhirnya bulan puasa umat Islam, juga yang juga disebut sebagai Ramadan.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja masa penting bagi umat Islam untuk berkumpul dalam pertukaran kasih sayang, rahmat dan kemaafan, ia juga adalah waktu di mana kaum lain menyertai sambutan dalam semangat muhhibbah Malaysia.
Hari perayaan ini biasanya dimulakan dengan perjalanan ke masjid di mana solat khas dilakukan. Setelah selesai upacara di masjid, yang lebih muda akan memohon kemaafan daripada lebih berusia atas sebarang kesalahan yang dilakukan sepanjang tahun.
Ia juga merupakan masa yang paling ditunggu-tunggu apabila sampul duit yang dipanggil duit raya akan diberikan. Sementelah itu, lebih banyak lawatan akan dibuat untuk melawat sanak saudara dan rakan taulan, di mana jamuan yang lazat menanti semua.
Berikut ialah beberapa petua untuk anda menyediakan rumah anda bagi musim perayaan ini.
Mengadakan jamuan Hari Raya di tempat anda
Raikan dan sambut tetamu anda dengan Rendang, Lemang, Serunding, Nasi Impit, Ketupat yang lazat dan pelbagai lagi makanan tradisional Melayu di meja makan.
Sediakan rumah anda dengan meja makan kami untuk semua makanan yang lazat itu dan nikmati kebersamaan satu sama lain dengan selesa dan bergaya. Kami mempunyai pilihan meja 2 tempat duduk, 6 tempat duduk, boleh dipanjangkan dan meja untuk dalam dan luar rumah bagi memenuhi keperluan anda.
Petua meja makan
Di IKEA, meja makan boleh dipanjangkan kami akan memberi anda banyak ruang untuk berkembang. Ini bermakna, anda boleh dengan mudah menyediakan ruang untuk semua orang dan makanan kegemaran anda, tidak kira betapa besar jamuan atau kumpulan tetamu itu.
Menikmati juadah Hari Raya tidak semestinya perlu berada di meja makan
Kami faham bahawa kadang-kadang meja makan tidak boleh memuatkan semua orang. Di IKEA, kami sentiasa mengambil kira aspek praktikal dalam setiap produk kami, termasuk beberapa meja kopi kami yang juga boleh digunapakai sebagai dulang hidangan.
Nikmati masa yang menyeronokkan bersama-sama dengan rakan dan keluarga menonton rancangan TV kegemaran anda sambil menikmati biskut Hari Raya, dalam keselesaan ruang tamu anda.
Petua kerusi
Lengkapkan sambutan Hari Raya anda dengan lebih banyak kerusi dan bangku supaya tiada tetamu yang dibiarkan tanpa tempat duduk. Bagi memberi lebih keselesaan, tambahkan pelapik kerusi supaya kerusi anda tidak sahaja terlihat menarik tetapi juga berasa selesa.
Pastikan semua biskut & snek Hari Raya anda segar sepanjang bulan
Mencari storan pelbagai guna? Siri KORKEN kami datang dalam pelbagai saiz dan sesuai untuk mengawet jeruk dan jem, menghidangkan minuman, atau memastikan biskut Hari Raya anda rangup. Dengan fungsi kedap udara, ianya dapat menyimpan semua kebaikkan di dalam.
Dapatkan KORKEN anda hari ini dan paparkan semua makanan & minuman Hari Raya anda dengan penuh gaya.
Petua Sarung Sofa
Adakah sofa anda kelihatan usang? Berikan nyawa baharu kepada perabot kegemaran anda dengan sarung sofa kami dan jadikan ia lebih selesa dengan kusyen & sarung kusyen. Lengkapkan sentuhan terakhir untuk ruang tamu anda dengan rak buku dan meja kopi.
Menyambut tetamu anda
Masakan Melayu lebih sesuai dan enak apabila ianya disantap menggunakan tangan kita. Oleh itu, menyediakan beberapa tuala tangan untuk tetamu selepas mencuci tangan mereka adalah penting. Sesetengah tetamu juga mungkin akan merasa penat dengan semua lawatan atau perjalanan jauh pulang ke kampung. Sebagai tuan rumah ynag baik, anda juga boleh menyediakan beberapa tuala mandi sekiranya tetamu anda perlu menyegarkan diri.
Kami ❤️ melihat idea hiasan rumah anda!
Pastikan anda tag @ikeamalaysia dan #IKEASpotting #RiangRiaRaiBersamaIKEA di gambar Instagram anda untuk berpeluang dipaparkan di halaman laman web kami.