Langkau ke kandungan utama

Mengalu-alukan anda ke Festival Tidur 2022

Esok yang lebih baik bemula malam ini. Temui 6 Pelindung Tidur – keselesaan, cahaya, suhu, bunyi, kualiti udara, gaya dan ketahui bagaimana ia menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

Temui Pelindung Tidur
Temui Pelindung Tidur

Minggu 5: Memastikan si cilik anda tidur lena

Ketahui cara bagaimana untuk menjamin kualiti tidur si cilik anda

Tonton video mingguan yang lalu tentang tidur

Minggu 1: Ketahui tentang 6 elemen yang membantu anda tidur lena

Adakah terdapat hari-hari yang anda rasa tidak begitu menyelesakan apabila anda bangun tidur? Biarkan pakar tidur kami membawa anda melalui 6 elemen tidur yang mewujudkan asas untuk rehat yang secukupnya pada waktu malam. 

Minggu 2: Tilam dan bantal yang memanfaatkan anda

Adakah anda masih berasa letih walaupun selepas tidur malam yang lama? Kemungkinan anda tidak mendapat keselesaan yang yang anda perlukan. Pakar tidur kami ada untuk memberi panduan bagi memilih tilam dan bantal yang sesuai untuk anda.

Minggu 3: Ketahui rangkaian penyejukan untuk cuaca panas

Ketahui lebih lanjut tentang produk penyejukan yang boleh membantu anda kekal dingin agar anda tidur lena sepanjang malam.

Minggu 4: Ketahui cara-cara untuk membaharui wajah bilik tidur anda

Ketahui petua-petua tentang cara untuk memberikan wajah baharu pada bilik tidur anda dan yang paling penting membantu anda tidur lebih lena.



Temui 6 Pelindung Tidur

Temui Pelindung Tidur bagi Keselesaan

Keselesaan ialah semua tentang adanya katil yang lengkap. Ia bukan sahaja tentang memilih tilam yang sesuai, malah juga bantal dan linen tempat tidur yang memberikan kita keselesaan dan sokongan yang kolektif. Keselesaan kolektif yang disediakan oleh katil, tilam, bantal dan peralatan tidur menentukan tahap sokongan yang diterima oleh tubuh dan tulang belakang anda sepanjang malam.

Memilih tilam, bantal dan duvet yang sesuai merupakan kunci kepada penyelesaian masalah tidur yang tidak lena. 


Temui Pelindung Tidur bagi Suhu

Bagi kita yang tinggal di kawasan iklim tropika, kita tidur lebih lena di bilik yang lebih dingin berbanding yang hangat. Suhu bilik yang ideal untuk tidur ialah sekitar 16 - 17 degree celcius. Menggunakan produk dengan elemen penyejukan seperti beberapa kuilt dan bantal untuk bilik yang secara umumnya hangat membantu mendinginkan anda semasa anda tidur. Kira-kira 80% daripada haba tubuh hilang melalui kuilt, jadi jika anda sudah biasa berasa sejuk pada malam hari, pastikan anda ada duvet yang tebal dan hangat dengan banyak isi, juga selimut yang selesa bagi menyediakan lapisan tambahan. 


Temui Pelindung Tidur bagi Cahaya

Secara umum, lebih gelap bilik tidur, lebih baik untuk kualiti tidur kita. Lampu boleh malap ialah cara yang baik untuk anda bersiap-siap semasa ingin masuk tidur. Anda juga boleh memilih jenis pencahayaan yang sesuai untuk anda, sama ada lampu pintar, lampu lantai ataupun lampu meja. Selain itu, dalam menghasilkan tempat tidur yang gelap dan selesa, langsir penghalang cahaya, langsir penggelap bilik dan juga bidai boleh melakukan keajaiban dalam mengelakkan cahaya semula jadi atau silau. 

Beri perhatian kepada butiran kecil tetapi penting ini bagi memastikan anda mendapat tidur kecantikan yang terbaik!


Temui Pelindung Tidur bagi Kelengkapan

Persekitaran yang tenang dan selesa penting untuk menghasilkan tidur malam yang lena. Penggunaan warna dan tekstur yang berbeza-beza secara kreatif menghasilkan bilik tidur yang selesa. Bilik kemas dan teratur juga membantu menenangkan minda anda sebelum tidur.  

Hasilkan bilik yang selesa dan hangat hari ini!


Temui Pelindung Tidur bagi Udara

Kualiti udara juga menyumbang kepada berapa lena kita tidur. Tahap udara yang tidak bersih atau kelembapan yang tidak seimbang di rumah anda boleh mengganggu tidur anda dan menjejaskan kesihatan anda. Pengudaraan di bilik tidur seharusnya baik dengan udara yang lebih bersih untuk kesihatan dan tidur yang lebih baik. Dan adakah anda tahu?  Dengan meletakkan satu tumbuhan hidup boleh membantu dalam membersihkan udara di bilik tidur. Atau letakkan pembersih udara bagi meningkatkan kualiti udara di rumah.  


Temui Pelindung Tidur bagi Bunyi

Kajian menunjukkan otak kita tetap akan memproses dan peka terhadap bunyi walaupun ketika kita tidur. Lebih senyap bilik, semakin baik kualiti tidur kita. Penyelesaian mudah seperti panel penyerap bunyi dan tekstil nap seperti ambal & langsir boleh membantu mengurangkan bunyi di bilik tidur. Muzik juga bantu memperbaik tidur anda. Tambahkan pembesar suara yang menggabungkan fungsi dengan estetik untuk memberikan anda tidur malam yang tenang. 


Perancangan dan perundingan

Nasihat peribadi daripada pakar

Ketahui lebih lanjut

Pemasangan

Perkhidmatan lengkap untuk dapur atau bilik mandi

Ketahui lebih lanjut

Polisi pemulangan

Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya

Ketahui lebih lanjut

Pilihan pembayaran

Cara membayar, di gedung dan dalam talian

Ketahui lebih lanjut