Langkau ke kandungan utama

Harga Lebih Rendah

Harga lebih rendah. Mutu kekal hebat

Harga lebih rendah. Mutu kekal hebat. Rahsia?

Ia mudah. Dengan meningkatkan jumlah dalam pengeluaran serta reka bentuk lebih menarik dan pembungkusan leper, kami boleh mengurangkan kos. Dengan demikian, kami boleh menawarkan perabot rumah dengan harga mampu milik tanpa menjejaskan mutunya. 

Lihat produk harga lebih rendah:

Ruang tamu | Bilik tidur | Dapur| Ruang makan | Bilik kanak-kanak | Pencahayaan & hiasan |  Bilik mandi & bilik dobi | Taman balkoni & Storan pengaturan|  Lihat semua produk harga lebih rendah

Ruang Tamu

Ruang tamu adalah jiwa kepada rumah anda. Ia merupakan ruang untuk semua mencari keselesaan, tempat di mana keluarga meluangkan masa bersama selepas seharian bekerja. Pilih daripada pelbagai jenis perabot rumah yang dapat memenuhi keperluan dan memberi keselesaan buat semua orang.

Bilik Tidur

Cipta ruang untuk anda tidur nyenyak dengan rangkaian katil kami, dilengkapkan lagi dengan padanan duvet lembut dan empuk untuk keselesaan anda. Pilih pencahayaan untuk menetapkan mood dan atmosfera yang anda inginkan — dengan tidur yang cukup dan aman, anda dapat memulakan rutin anda pada esok hari dengan sempurna.

Dapur

Kami ada rangkaian pinggan mangkuk, periuk dan kotak simpanan yang sesuai dilengkapkan di dapur anda. Dapatkan pelbagai peralatan dapur yang berguna agar penyediaan makanan anda berjalan dengan lancar di rumah.

Ruang Makan

Sama ada untuk makan, perjumpaan keluarga, atau parti makan malam, kami ada pelbagai produk untuk dipadankan dengan ruang makan anda. Terokai rangkaian perabot dan barangan ruang makan kami agar menjamu selera menjadi lebih bermakna buat anda dan orang tersayang.

Bilik Kanak-kanak

Si kecil anda perlukan ruang untuk rehat, bermain dan tidur nyenyak. Sediakan bilik untuk mereka yang lengkap dengan pelbagai perabot berfungsi dengan reka hiasan ceria dan menggembirakan.

Pencahayaan & Hiasan

Pencahayaan yang baik dapat memberi anda fokus yang lebih baik dalam menjalankan tugasan harian. Ia juga dapat menetapkan atmosfera yang anda inginkan pada sesuatu ruang.

Bilik mandi & Bilik dobi

Kerja mencuci kini lebih mudah tanpa peralatan yang rumit — pilih sahaja daripada rangkaian aksesori dan perabot kami yang sesuai untuk bilik mandi dan bilik dobi di rumah anda.

Taman Balkoni & Storan Pengaturan

Tukarkan balkoni anda sebagai ruang yang menghijau untuk anda mencari ketenangan pada setiap hari. Dengan rangkaian perabot rumah kami, anda dapat mencari semua yang diperlukan untuk mencipta taman kecil di rumah anda.

Dapatkan pelbagai jenis perabot rumah berkualiti pada harga yang berpatutan di IKEA. Anda ingin tahu bagaimana kami dapat menjual produk pada harga murah dan masih mengekalkan mutunya? Rahsianya terletak pada reka bentuk produk kami yang bijak. Ia juga dikeluarkan dalam jumlah yang besar, direka khas dengan ciri-ciri efisien seperti pembungkus leper untuk mengurangkan kos penghantaran. Di IKEA, kami ingin memberi anda produk berkualiti pada harga yang terbaik supaya semua orang berpeluang mendapatkan hiasan dalaman rumah idaman mereka. 

Ruang tamu anda adalah pusat aktiviti di rumah. Oleh itu, jadikan ruang tamu sebagai tempat yang menenangkan agar anda dapat bersantai dengan riang bersama orang yang tersayang. Pilih daripada pelbagai perabot rumah kami untuk disesuaikan di ruang rumah anda, seperti kombinasi kabinet dan storan kami. Sama ada ruang tamu kecil mahupun besar, anda dapat menemukan semua jenis produk yang sempurna untuk rumah anda. Padankan ruang kecil di rumah dengan sistem storan dinding kami yang dapat memberi lebih ruang lantai kepada anda. Untuk ruang yang besar pula, penuhkan ruang kosong dengan kerusi lengan atau lampu lantai yang menarik untuk mencantikkan lagi rumah anda. Tukarkan sudut rumah kepada ruang bacaan atau ruang santai untuk anda bersendiri dengan aman.  

Ruang makan pada masa kini bukan sekadar tempat untuk menjamu selera sahaja. Ia juga boleh dijadikan tempat untuk keluarga berkumpul di hujung minggu untuk bermain permainan papan, atau sebagai ruang kerja atau belajar pada hari biasa. Oleh itu, lengkapkan ruang makan anda dengan perabot rumah yang kukuh dan tahan lama untuk memenuhi semua kegunaan ini. Terokai daripada pelbagai jenis meja makan IKEA yang dapat memuatkan 10 orang untuk majlis makan malam, ataupun meja yang boleh dipanjangkan atau dilipat untuk penjimatan ruang. Dengan ruang makan yang baik, anda dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga dan sahabat handai serta mengimarahkan lagi suasana apabila menjamu selera bersama-sama. Apa yang anda mahu, semuanya ada — daripada pinggan hidangan yang elegan ataupun set kutleri kayu yang dapat memberi sentuhan gaya klasik, kami ada pelbagai produk yang dapat melengkapkan ruang makan anda.

Memandangkan lebih banyak masa dihabiskan di rumah pada masa ini, ubah kediaman anda menjadi ruang yang selesa untuk bekerja, bermain dan berehat. Ingin meningkatkan produktiviti di pejabat rumah anda? Lengkapkan ruang kerja dengan perabot rumah seperti meja pejabat, lampu dan penyusun meja untuk ruang kerja tanpa gangguan untuk membantu anda bekerja dengan lebih cekap. Rindu makan di luar? Kami mempunyai gelas dan alat membuat kopi yang membolehkan anda mencipta suasana kafe dan restoran di rumah. Jika anda memerlukan sesi spa yang menenangkan untuk bersantai dan berehat, cipta suasana yang tenang dan selesa di rumah dengan wangian di udara serta cahaya redup untuk membantu menenangkan fikiran anda. Hiasi bilik mandi anda dengan lampu dinding, lilin wangi dan tanaman buatan. Lengkapkan juga rumah anda dengan tuala mewah IKEA yang dapat memberi anda kehangatan dan keselesaan setelah anda selesai mandi.  

Rumah itu bukan sekadar tempat berehat, makan dan tidur sahaja. Rumah adalah cerminan personaliti dalaman anda. Jadikan ia sebagai tempat yang aman, selesa dan selamat buat anda dan orang tersayang dengan IKEA sekarang. Terokai rangkaian aksesori dan perabot rumah kami yang meluas di gedung kami atau di atas talian hari ini.