Langkau ke kandungan utama

Bina laman rumah impian anda dengan IKEA

Oleh sebab perintah kawalan pergerakan dan nasihat untuk duduk di rumah, minat orang ramai untuk berkebun di rumah telah meningkat dengan ketara! Dan memang sepatutnya jua, ruang hijau di rumah boleh menjadi tempat berehat peribadi kita sendiri. Ia adalah tempat di mana kita dapat berehat, menghilangkan tekanan bahkan dapat juga membuat kita merasa lebih bertenaga ketika kita memerlukannya. Sama ada anda berpengalaman berkebun atau baru memulakan perjalanan, memupuk sisi hijau anda tidak pernah semudah ini dengan rangkaian produk praktikal dan berpatutan kami.

 

Harmonikan Rumah Anda.


Memilih pasu & penanam yang betul

Sebaik sahaja anda mempunyai tanaman yang anda ingin mula tumbuh, anda perlu mencari rumah yang sesuai untuknya. Pertimbangkan jumlah cahaya matahari yang diperlukannya, adakah pasu anda perlu tahan hujan yang banyak? Cari yang paling sesuai dengan keperluan anda dengan pelbagai pasu dalaman dan luaran kami.

Pupuknya

Orang mengatakan untuk memastikan anda menanam tanaman yang terbaik, anda perlu memanjakannya. Siram tanaman anda tepat pada masanya untuk memastikan penyerapan nutrien yang betul. Pemangkasan menghilangkan dahan yang mati supaya tanaman anda dapat terus berkembang dengan sihat sekaligus menjadikan tanaman anda kelihatan baik juga, sama seperti bagaimana anda memotong hujung rambut anda agar rambut kekal sihat!

Pamerkannya

Tayangkan segala kerja keras yang telah anda lakukan dengan sebaik mungkin. Untuk hijau-hijauan yang cantik, kami mempunyai unit rak yang serba boleh di mana anda boleh menanam tanaman anda dan mempamerkannya. Untuk semua alat, pasu, dan tanah anda yang tidak sedap dipandang, gunakan bangku yang luas untuk menyimpannya.

Tempatkannnya dimana sahaja

Nikmati tanaman anda di mana sahaja di rumah dengan pendiri dan pemindah pokok. Ianya bukan hanya cantik, malah dapat membantu anda tumbuh lebih banyak dengan memaksimumkan ruang untuk bertumbuh. Sekiranya anda mempunyai pasu tanaman yang lebih besar, pemindah pokok dapat membantu menyorong tanaman ke tempat baru dan mudah untuk anda membersihkan sekitarnya.

Nikmatinya

Jadi, anda telah menyediakan ruang hijau anda dan tanaman anda sedang giat menumbuh. Apa pula sekarang? Santai sahaja! Letakkan beberapa kerusi, tambahkan meja kecil atau bangku untuk anda berehat, dan nikmati hasil kerja anda.

Continue reading

Tiada laman rumah? Tiada masalah!

Lihat petua kami tentang cara menanam tanaman di rumah tanpa laman.

Continue reading

Anda mungkin berminat dengan

Inspirasi untuk rumah anda