Tilam

Bahan-bahan untuk mimpi indah

Bawa pulang tilam daripada IKEA (cara kami membungkusnya memudahkan anda membawanya pulang - kami juga menghantar) dan cubalah ia selama 90 malam. Tidur seperti seorang bayi - atau bawa semula tilam dan cuba yang lain. Ia semua selesa, cuma dengan cara yang sedikit berbeza. Jadi tilam terbaik kami ialah yang paling sesuai dengan anda.
Lihat lebih lanjut tentang polisi 'suka atau tukarkannya' selama 90 hari

Cara memilih tilam - walaupun anda sudah hampir lena
Seorang lelaki menyusun kuilt IKEA dan bantal IKEA dalam sinaran matahari waktu pagi
Wanita dan anak perempuannya bangun tidur di atas katil yang selesa daripada IKEA
Seorang wanita duduk di katil, berselubung dengan kuilt daripada IKEA dengan latar belakang sinaran matahari pagi
Keselesaan diutamakan
Spring, Lateks atau Busa? Padat atau sederhana padat? Ia bergantung kepada citarasa peribadi. Setiap tilam di IKEA direka bentuk agar sangat selesa dan menyokong tubuh anda - tanpa berbelanja lebih. Jadi anda boleh tidur lena dan bangun tidur segar, setiap pagi.
Tubuh anda lebih tahu
Keselesaan yang anda rasakan terhadap sesebuah tilam merupakan kunci utama. Jadi kunjungilah gedung IKEA dan cubalah beberapa tilam. Jangan segan - anda perlu berbaring untuk mengetahui model yang sesuai. Ajukan sahaja soalan kepada kami ketika anda berada di sini.
Tidur di atasnya malam ini
Anda boleh membawa pulang tilam baharu anda yang selesa hari ini. Kebanyakan daripadanya dibungkus gulung, agar muat di dalam kereta anda. Atau, kami boleh menghantarnya - dan mengambil tilam lama anda di rumah. Jangan lupa, jika anda tidak sukakan tilam baharu anda, anda boleh menukarnya dalam masa 90 hari.
Lihat lagi tentang polisi 'suka atau tukar' 90 hari kami
Keselesaan dalam peringkat yang lebih tinggi
Rangkaian percuma pelindung tilam dan bantal dan pelapik tilam kami boleh membantu kami menggunakan tilam anda sepenuhnya. Merangsang keselesaan dan memanjangkan hayatnya.
Berselubung dalam kelembutan
Kami ada pilihan hebat kuilt dan bantal untuk menjadikan waktu tidur lebih istimewa. Kuilt dan bantal kami mempunyai isian yang berbeza, jadi anda boleh mencipta suasana hangat dan selesa yang paling sesuai dengan anda.
Kuilt, bantal dan linen katil daripada IKEA, disusun di atas kerusi hitam dan di atas lantai kayu bilik berwarna putih
Bantal daripada IKEA di atas timbunan kuilt daripada IKEA
Katil yang berselerak dalam sinaran matahari pagi, menunjukkan kuilt, bantal dan linen katil daripada IKEA

ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN: