Cerita pekerja - Allan Chin

Bayangan produk-produk IKEA mewakili bidang kerja berbeza

Cerita pekerja - Allan Chin

Kami galakkan anda menuruti minat anda, cuba peranan baharu atau terus membangun dalam jawatan yang anda suka. Terokai sebahagian cerita pekerja kami dan anda akan lihat setiap perjalanan adalah unik dan ada ganjarannya. Bagaimana perjalanan IKEA anda?

Imej Allan Chin

Allan Chin

Ketua Pasukan Recovery, Bahagian Recovery

Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Recovery

Bagaimana anda bermula di IKEA dan apa yang telah anda lakukan?

Saya bermula di IKEA Singapura sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan pada 1995. Pada awalnya ia mencabar kerana saya uruskan maklum balas bersendirian, berurusan dengan aduan pelanggan. Tapi saya pikul tanggungjawab itu dan tiga tahun kemudian, saya dilantik mengepalai Bahagian Recovery. Sejak itu saya di sini.

Sepanjang lebih 20 tahun ini, saya banyak belajar tentang produk-produk dan keperluan pelanggan kami. Semuanya tentang minat! Hari ini, saya masih belajar, berkongsi pengalaman saya, dan menyampaikan kemahiran saya kepada ahli pasukan. Saya telah dijemput ke Kuala Lumpur di Malaysia untuk berkongsi pengalaman saya dan untuk melantik pasukan Recovery yang lain di gedung-gedung di sana. Semestinya untuk mewujudkan ikatan yang kuat dengan pasukan lain juga. Cetusan minat saya akan sentiasa membara dan akan bersinar sejauh yang boleh, seperti lampu suluh berkuasa kegemaran saya (saya pengumpul lampu suluh!)

Bagaimana kerja anda pada hari biasa?

Saya ketuai pasukan yang dipanggil “Recovery”. Kami cari cara untuk kitar semula atau guna semula produk yang telah rosak di pameran gedung kami atau dipulangkan oleh pelanggan. Kami berjimat sebanyak mungkin untuk perniagaan kami bagi mengurangkan lagi kerugian. Kadang-kadang kami boleh baiki produk atau cari cara untuk gunakan bahan ganti. Kadang-kadang kami jual di Ruang AS-IS kami.

Apakah tanggungjawab atau tugas yang paling memberi inspirasi dalam peranan anda sekarang?

Untuk latih, bimbing, dan rangsang ahli pasukan saya dalam menjayakan operasi hari demi hari dengan lancar.

Apakah aspek kegemaran anda tentang budaya dan nilai IKEA?

Bekerja dengan bersatu hati dan bersemangat. Minat!

Apakah nasihat anda untuk seseorang yang berminat dengan kerja di sini?

Boleh bekerja bersama sebagai satu pasukan, cergas dan kuat secara fizikal, dapat bekerja lebih semasa waktu puncak, terutamanya hujung minggu – ini merupakan syarikat runcit! Sanggup belajar dan terima tanggungjawab.