Pinjaman produk dan permintaan imej

Terima kasih atas minat anda terhadap IKEA. Di bawah digariskan gambaran prosedur dan syarat-syarat bagi permintaan media terhadap peminjaman produk dan imej.

Oleh kerana permintaan yang tinggi dengan tarikh akhir yang singkat, tidak mungkin bagi kami untuk menunaikan semua permohonan dan IKEA tidak menjamin kesemua pinjaman produk IKEA dan permintaan imej ditunaikan. Gedung IKEA berhak menolak pinjaman produk dan/atau permintaan imej jika garis panduan di bawah tidak diikuti.


Prosedur dan Terma

1. Sila lakukan janji temu sebelum sekurang-kurangnya 3 hari bekerja.

2. Permintaan pinjaman produk untuk digunakan sebagai prop tidak akan dilayan. Prop mengikut makna gedung IKEA adalah penggunaan produk sebagai hiasan, dan produk tersebut bukanlah fokus utama. Sebagai contoh, jika anda mahu meminjam kusyen untuk seorang model bersandar atau perkakasan memasak/makan untuk filem/resipi makanan, ini diambil kira sebagai prop, walaupun anda menyatakan penghargaan kepada gedung IKEA. Produk pinjaman mesti diambil gambar dan ditunjukkan sebagai fokus utama secara keseluruhan.

3. IKEA memerlukan penghargaan jenama IKEA seperti yang berikut untuk semua produk yang disiarkan:

  • Nama produk ini mesti disenaraikan secara keseluruhan bersama harga, contohnya; Sofa dua tempat duduk KLIPPAN RM629 Sarung boleh ditanggalkan: 100% kain kapas. L180xD88, T66cm. Putih Granån
  • Nama produk KLIPPAN dieja menggunakan huruf besar
  • IKEA dieja menggunakan huruf besar.
  • IKEA Mutiara Damansara
    No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya.
    Perkhidmatan Pelanggan: +603 7925 7575
  • Laman web: www.IKEA.com.my

4. Produk bermusim seperti rangkaian musim panas, Krismas atau Tahun Baru Cina mungkin tidak dapat dipaparkan selepas waktu ketersediaannya, dan akan dimaklumkan kepada anda sebelum pinjaman dilakukan.

5. Pinjaman produk biasanya digantung seketika pada waktu jualan harga rendah dan aktiviti gedung yang terpilih.

6. Sila buat panggilan untuk janji temu sebelum anda memulangkan produk. Jika anda tidak melakukan janji temu, kami mungkin tidak dapat menerima pemulangan anda kerana kami mungkin tiada di pejabat.

7. Produk mesti dipulangkan dengan pembungkusan sebenar dan berada di dalam keadaan yang baik dalam masa 14 hari dari tarikh pinjaman.

8. Produk yang tidak dikira atau rosak akan dibilkan sepenuhnya kepada peminjam dan penerbitan.

Sila alamatkan penerbitan yang menyiarkan produk IKEA kepada:
Tracy Pang
Ketua Pemasaran
IKEA Mutiara Damansara
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya.

Sila e-mel semua peminjaman produk dan permohonan imej kepada:
Voon Pui San - puisan.voon@ikano.asia


Permintaan untuk pinjaman akhbar

Sila sediakan maklumat berikut di dalam emel anda supaya IKEA dapat memproses permintaan anda.

  • Pinjaman Produk ATAU Permintaan Imej
  • Tarikh pinjaman produk dan masa ATAU tarikh untuk menerima imej
  • Nama penerbitan
  • Tarikh penerbitan/ bulan
  • Tema cerita/sudut
  • Produk yang diminta - nama dan keterangan produk (nombor artikel, jika boleh)
  • Jumlah produk
  • Gambar produk tanpa latar belakang atau gambar yang memberi inspirasi
  • Warna dan dimensi produk
  • Bagaimana produk akan digunakan
  • Jika anda berhasrat untuk mengubahsuai produk IKEA yang dipinjam dalam apa jua cara sekalipun, sila nyatakannya di dalam permohonan anda
  • Sediakan maklumat lengkap untuk dihubungi (nama penuh, nombor telefon bimbit/kerja, emel, alamat pos dan nama Penerbit)

Maklumat penerimaan dan pemulangan

Lokasi pinjaman/pemulangan produk:
Pejabat IKEA di Tingkat 2
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya.

Waktu pemulangan: 10pg hingga 12tgh, Isnin hingga Jumaat sahaja

Sila masuk melalui Pintu masuk Pelawat/Pekerja di tempat letak kereta P1.
Anda boleh meletak kereta anda berdekatan tiang F6.