Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu yang tenang diinspirasikan alam

Bawa tenaga alam semula jadi yang menenangkan ke dalam ruang tamu anda melalui penggunaan warna tanah dan bahan-bahan semula jadi. Digabungkan dengan storan yang abadi dan perabot yang selesa, anda dapat mewujudkan ruang yang nyaman, menarik dan seronok untuk berada di situ.

Sofa 2 tempat duduk berwarna hijau buah zaitun gelap, kabinet tinggi berpintu kaca dengan 1 laci berwarna putih, rak buku berwarna putih, bangku kayu birch.
Sofa 2 tempat duduk berwarna hijau buah zaitun gelap, kabinet tinggi berpintu kaca dengan 1 laci berwarna putih, rak buku berwarna putih, bangku kayu birch.

Untuk tidur sekejap yang paling manis

Sofa yang cantik ini bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga bagaikan mimpi untuk bersantai di atasnya. Dengan tempat duduknya yang luas, kusyen tebal dan sarung yang lembut dan licin seperti baldu, ia pasti akan menjadi tempat kegemaran anda di rumah.

Lihat siri FÄRLÖV
Lihat siri FÄRLÖV

Kabinet yang abadi

Tempat untuk buku, kelengkapan hidangan dan semua barang kegemaran anda. Kabinet dan rak buku ini dibuat daripada bahan asli dan perincian kayu padu yang dibuat dengan mahir; storan abadi yang anda boleh sukai untuk masa yang lama.

Lihat siri IDANÄS
Lihat siri IDANÄS

Bentuk dan fungsi yang tidak ada cacat celanya dengan pintu lipat

Gayanya mungkin tradisional, tetapi fungsinya tentu sekali masa kini. Pintu kabinet ini yang boleh dilipat dua menjimatkan ruang, moden dan indah.

Lihat semua kabinet & almari
Lihat semua kabinet & almari

Laci yang luas untuk menyimpan barang

Bekerja dari rumah? Simpan komputer riba anda dan peralatan kerja yang lain di dalam laci apabila hari kerja berakhir, jadi anda boleh benar-benar berehat di ruang tamu anda.

Lihat semua kabinet pameran
Lihat semua kabinet pameran

Urus keadaan berselerak dengan kotak

Storan terbuka tidak perlu kelihatan berselerak. Aturkan barang-barang anda dengan kotak dan fail majalah untuk memastikan rak buku anda kelihatan kemas. Petua gaya: Pilih warna yang melengkapi perabot ruang anda untuk mendapat penampilan terselaras.

Lihat semua kotak & bakul storan
Lihat semua kotak & bakul storan

Kerusi kepak untuk masa yang menyantaikan

Sama ada anda mengambil masa rehat semasa bekerja atau menikmati masa bersendirian, kerusi berlengan ini merupakan tempat yang hebat untuk berehat dan bersantai. Ia sangat selesa – ia mempunyai sandaran tinggi dan sokongan tambahan untuk leher anda.

Lihat semua kerusi berlengan fabrik
Lihat semua kerusi berlengan fabrik

Semua yang anda perlukan untuk ruang tamu impian anda

Suka apa yang anda lihat? Di sini ada semua produk yang anda perlukan untuk mencipta semula penampilan tersebut di ruang tamu anda sendiri.

Lihat semua perabot
Lihat semua perabot