Membeli dapur IKEA pertama anda

Sistem dapur METOD

Dapur kami yang sangat mudah disesuaikan dengan jaminan 25 tahun

METOD ialah sistem dapur yang fleksibel yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. Dengan METOD, anda boleh mencipta dapur impian anda dari awal dan pilih permukaan atas kerja, kabinet dan laci anda sendiri serta banyak lagi.


Merancang dapur METOD anda

Dapur yang teratur merupakan dapur yang anda akan suka menghabiskan masa di situ.

Apabila merancang barang-barang yang harus terdapat di dalam kabinet anda, fikirkan tentang cara anda mahu menggunakannya dengan cara yang sebaik mungkin berdasarkan keperluan peribadi anda.

Rancang kabinet dapur anda

1. Dapur ialah tempat yang biasanya anda melakukan banyak aktiviti, dan ia mudah sahaja menjadi berselerak. Dengan menyimpan kelengkapan pembersihan anda berdekatan di dalam kabinet tinggi, ia akan menjadi lebih mudah untuk memastikan dapur anda sentiasa bersih dan kemas.

2. Kabinet tinggi yang dalam sangat sesuai untuk menyimpan segala-galanya daripada makanan kering, minyak dan cuka kepada perkakas dapur yang besar.

3. Kumpulkan semua item yang anda gunakan untuk menyediakan meja di satu tempat untuk menjadikannya lancar dan senang. Laci yang luas dan boleh dipanjangkan sepenuhnya di dalam kabinet dasar adalah hebat untuk menyimpan kutleri, mangkuk dan pinggan hidangan. Gunakan kabinet dinding untuk menyimpan barang-barang yang lebih ringan seperti gelas, koleh dan balang. Jika boleh, biarkan tempat ini dekat dengan mesin basuh pinggan mangkuk untuk memudahkan anda meletakkan pinggan mangkuk yang bersih kembali ke tempatnya.

4. Kabinet penjuru yang dalam adalah sempurna untuk menyimpan periuk besar dan perkakas dapur lain yang besar.

5. Tambah kabinet terbuka VADHOLMA untuk memperibadikan dapur anda dan mewujudkan pemisahan yang elok antara baris kabinet berpintu. Isinya dengan buku masak dan item-item lain yang kerap digunakan di dapur.

6. Kabinet sink merupakan tempat yang baik untuk meletakkan tong kitar semula memandangkan anda melakukan banyak penyediaan makanan di tempat ini dan sekitarnya. Jika boleh, tempatkan sink di sebelah mesin basuh pinggan mangkuk seperti yang telah kami buat di sini (anda mungkin tidak nampak mesin basuh pinggan mangkuk itu kerana ia terbina dalam dengan bahagian hadapan yang sama dengan bahagian lain dapur anda). Dengan cara ini, anda boleh membasuh kelengkapan hidangan yang kotor sebelum meletakkannya di dalam mesin basuh pinggan mangkuk, serta sayur-sayuran dan makanan lain yang anda hendak masak. 

7. Gunakan laci sebelah atas di bawah hob untuk menyimpan pisau, pemukul telur dan perkakas dapur yang lain supaya mudah dicapai. Kabinet tinggi di bahagian bawah adalah amat sesuai untuk peralatan lain yang biasanya anda gunakan apabila memasak, contohnya kuali leper, periuk dan penapis.

8. Kabinet dasar di antara hob dan ketuhar terbina dalam menambah storan untuk semua barang tambahan yang mungkin berguna apabila memasak: rempah, pembalut, kerajang timah, sarung tangan ketuhar, lekar periuk dan barang-barang lain yang anda perlukan apabila menggunakan perkakas ini.

9. Dengan meletakkan ketuhar dalam kabinet tinggi, anda dapat mencapainya pada ketinggian yang sempurna. Anda juga mendapat ruang storan untuk dulang pembakar, perkakas ketuhar, mangkuk hidangan dan apa-apa sahaja yang mungkin anda gunakan di dalam ketuhar.

Memasang kabinet dapur METOD anda

Kefleksibelan sistem dapur METOD membolehkan anda membina kabinet dapur peribadi anda sendiri.

Untuk memasang kabinet dapur anda, anda hanya perlu memilih:

1. Rangka kabinet mengikut kelebaran dan kedalaman yang anda ingini.
2. Kelengkapan dalaman atau laci yang menyimpan item-item anda.
3. Bahagian hadapan laci yang menetapkan gaya dan warna dapur anda.
4. Siap - penyelesaian kabinet dapur yang lengkap.

Gabungkan kabinet dapur anda

Melengkapkan dapur METOD baharu anda

Tambah kemasan akhir dengan permukaan atas kerja, sink dan pemegang pintu.

Diuji agar dapat bertahan penggunaan selama bertahun-tahun, kami ada permukaan atas kerja yang sedia ada dan juga yang dibuat khas. Anda boleh juga mendapatkan paip yang akan mengurangkan penggunaan air disebabkan oleh pengudara bersepadu yang bercampur di udara. Tombol laci memudahkan anda membuka kabinet, manakala pemegang pintu boleh melengkapi bilik anda.


Dapur bermodul KNOXHULT

Kabinet dapur lengkap dengan jaminan 2 tahun

Jika anda inginkan pengalaman perancangan dapur yang mudah dan tidak rumit, anda boleh juga mempertimbangkan siri dapur bermodul KNOXHULT kami. Kabinet dasar dan dinding datang lengkap dengan pintu dan permukaan atas kerja, jadi anda hanya perlu gabungkan mengikut kemahuan anda.

Dapur bermodul KNOXHULT
Dapur bermodul KNOXHULT
Dapur bermodul KNOXHULT

Anda boleh melakukan semuanya sendiri...

Dapur IKEA baharu anda - dari mula hingga akhir.

Panduan-panduan ini membantu anda melalui setiap langkah daripada mengukur dan merancang kepada memesan dan memasang dapur baharu anda.


...tetapi anda tidak perlu berbuat demikian.

Perkhidmatan kami

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan lagi hidup anda. Untuk butiran lanjut, bercakap dengan pekerja di gedung IKEA atau layari IKEA.my/services.