Platform yang menyeronokkan, menarik dan bukan kelaziman anda

IKEA DELAKTIG ialah rangka katil yang boleh disesuaikan. Ini bermakna anda yang akan mereka bentuknya. Bilik tidur berdinding merah jambu mempunyai katil sofa di tengah-tengah bilik dengan cadar KUNGSBLOMMA berwarna putih rapi dan berjalur merah.

Platform yang menyeronokkan, menarik dan bukan kelaziman anda

Peraturan ditetapkan untuk dilanggar — dan DELAKTIG dihasilkan untuk diperibadikan. Bersama-sama pereka bentuk Britain Tom Dixon, kami mereka bentuk DELAKTIG: katil dahulu, sofa kedua, dan semuanya hasil ciptaan anda. Peribadikannya dan (jika anda berbangga dengannya), jadikannya pusat bilik tidur anda.