Langkau ke kandungan utama
Menu

Gaya terselaras di seluruh rumah

Mewujudkan penampilan terselaras di rumah anda adalah mudah jika anda memilih siri perabot yang boleh anda gunakan di banyak ruang yang berbeza, seperti siri HAUGA di sini. Contohnya, perabot storan dan katil di sini adalah daripada siri HAUGA.

Bilik tidur dengan almari pakaian berwarna putih, katil upholsteri berwarna kelabu, tekstil katil berwarna coklat merah lembut dan dua bangku kaki berwarna hijau.
Bilik tidur dengan almari pakaian berwarna putih, katil upholsteri berwarna kelabu, tekstil katil berwarna coklat merah lembut dan dua bangku kaki berwarna hijau.

Tersusun rapi

Beberapa kotak storan berpetak akan memudahkannya lagi untuk menyusun, mengasingkan dan mengetahui lokasi benda-benda kecil yang disimpan di dalam laci besar.

Lihat semua kotak pakaian
Katil upholsteri berwarna kelabu dengan tekstil katil berwarna coklat merah lembut dan dua laci storan yang terbuka. Kotak di dalamnya menyusun benda-benda kecil.
Lihat semua kotak pakaian

Warna yang sesuai dengan anda

Cahaya siang yang terang-benderang, suasana yang nyaman dan selesa atau bilik yang betul-betul gelap? Dengan dua rod langsir dan dua jenis langsir – langsir penggelap bilik dan langsir penghalang cahaya – anda boleh menyesuaikan aras cahaya di dalam bilik tidur anda sepenuhnya.

Lihat semua langsir
Tingkap dengan dua rod langsir yang mempunyai langsir berwarna hijau dan hijau buah zaitun tergantung padanya. Katil dengan tekstil katil berwarna coklat merah lembut terletak di tepinya.
Lihat semua langsir

Lebih mudah untuk membaca

Lampu kerja dengan kepala dan lengan yang boleh dilaraskan memberi anda cahaya berarah, hebat semasa membaca di atas katil.

Lihat semua lampu kerja
Dua lampu kerja berwarna merah gelap terletak di atas dinding separuh berjubin hijau dan menerangi kepala katil berwarna kelabu, bakul yang dibuat daripada rumput laut dan enam bantal.
Lihat semua lampu kerja

Kaitan yang bersinambungan

Siri perabot yang boleh digunakan di seluruh rumah, seperti siri HAUGA di sini, dapat membantu anda mewujudkan suasana yang tenang dan berharmoni walaupun di ruang pelan terbuka.

Lihat siri HAUGA
Kombinasi almari pakaian HAUGA berwarna putih terletak di sebelah katil, dan kombinasi TV/storan HAUGA pula terletak lebih jauh di dalam bilik.
Lihat siri HAUGA

Almari pakaian anda bercahaya

Jika anda memasang jalur lampu LED di dalam almari pakaian anda, anda akan menjadikan waktu pagi yang muram lebih ceria sedikit – dan pakaian anda lebih mudah sedikit untuk ditemui.

Lihat semua lampu almari pakaian
Kombinasi almari pakaian HAUGA dengan pintu gelangsar yang terbuka dan pakaian di dalamnya. Kotak berwarna hitam dan topi terletak di atas almari pakaian.
Lihat semua lampu almari pakaian

Gantungan yang anggun pada dinding

Anda boleh mencipta penyelesaian storan yang anggun dan bergaya untuk aksesori, pakaian yang akan dipakai dan pakaian sudah dipakai yang akan dipakai semula menggunakan beberapa cangkuk.

Lihat semua cangkuk
Cermin dan lampu dinding dilekapkan pada dinding, di sebelah sebaris cangkuk pusing berlengan 3 KÄMPIG yang mempunyai pakaian dan topi.
Lihat semua cangkuk