Bilik mandi yang selaras dengan indah dengan rumah anda

Penampilan yang klasik dan tradisional di seluruh rumah anda – HEMNES menawarkan storan terbuka dan juga tertutup yang anggun, jadi anda boleh menikmati bilik mandi yang tenang yang penuh dengan rasa kesejahteraan.

Penyusun atur storan di dalam laci bilik mandi anda memudahkan anda menemui benda-benda yang paling kecil pun. Tambahan pula, jika anda menggunakan kotak GODMORGON lut sinar berwarna kelabu asap, anda dapat melihat dengan lebih baik corak yang indah di dalam laci HEMNES.

Hasilkan cahaya hangat dan dapatkan pencahayaan yang sekata pada wajah anda dengan melekapkan lampu dinding di setiap sisi cermin bilik mandi. Pilih FRIHULT jika anda inginkan penampilan yang abadi – bentuk bulat dan lembut digabungkan dengan logam dan kaca tidak akan mengecewakan anda!

Hiasan dan fungsi bergabung – letakkan para kaca VOXNAN di antara sink cuci tangan dan tab mandi anda untuk memudahkan anda mencapai gel mandi dan lain-lain, serta gabungkannya dengan tumbuh-tumbuhan yang sesuai dengan penampilan bilik mandi.

Dinding di atas tandas merupakan peluang storan pintar apabila berkaitan dengan bilik mandi kecil – gunakan sepenuhnya dengan melekapkan dua ampaian tuala VOXNAN di tempat itu.

Alami sambutan yang diberikan oleh jubah mandi waktu pagi anda apabila anda membuka pintu bilik mandi anda. VOXNAN menukarkan ruang yang tidak digunakan menjadi tempat storan yang sempurna untuk benda-benda yang panjang kerana ia tidak akan mencecah lantai.

Tuala yang dilipat dengan kemas di sebelah tab mandi kelihatan indah dan juga menyenangkan! Bawa masuk alam semula jadi yang terang ke dalam bilik mandi anda dan dapatkan storan yang bergaya dan mudah dicapai dengan bakul rotan SNIDAD.