Langkau ke kandungan utama

VAPPEBY Lampu pembesar suara bluetooth, di luar bangunan/kelabu

Harga RM 259
Penyesuai kuasa USB dijual berasingan.

Mesti dilengkapkan dengan

Bagaimana untuk mendapatkannya

Pembesar suara Bluetooth VAPPEBY untuk kegunaan luar mempunyai lampu terbina dalam dan sesuai untuk pesta taman dan makan malam di balkoni anda.

Nombor artikel605.786.92

Butiran produk

Mudah memainkan muzik kegemaran anda daripada Spotify di VAPPEBY. Hanya tekan butang pada pembesar suara dan muzik anda akan mula distrim dari mana sahaja anda berhenti. Tidak menjiwai lagu itu? Tekan lagi untuk memainkan cadangan lain hanya untuk anda.

Fungsi main semula Spotify Tap menjana muzik berdasarkan cita rasa anda, jika anda ingin mendengar sesuatu yang lain, hanya tekan butang sekali lagi.

Bunyi 360 darjah bermakna muzik dimainkan dengan jelas dan terang, tidak kira tempat di mana anda dan rakan anda sedang duduk.

Lampu memberikan sinaran yang menenangkan dan menambah sentuhan hiasan pada meja serta praktis jika anda memerlukan sedikit cahaya tambahan di luar.

Gunakan pemegang untuk mengalihkan lampu pembesar suara ke mana-mana sahaja yang anda suka. Ia mempunyai bateri dapat dicas semula terbina dalam dan kalis hujan, jadi anda boleh menggunakannya dalam sebarang cuaca.

Sambung dan mainkan irama kegemaran anda daripada telefon, komputer atau sebarang peranti boleh guna Bluetooth® yang lain.

Apabila dicas sepenuhnya, bateri terbina dalam memberikan anda 10-12 jam masa main pada kelantangan 50%.

Pereka

Sarah Fager

Nombor artikel605.786.92

Maklumat berguna

Diluluskan untuk IP65.

Bateri tidak boleh diganti.

Sesuai untuk kegunaan di luar dan di dalam bangunan.

Penyesuai kuasa USB dijual berasingan.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Bahan asas/ Tombol:
Plastik ABS
Pemegang:
Plastik polikarbonat
Butang/ Kaki:
Getah silikon

Penjagaan

Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.

Selepas dibersihkan, pastikan dikesat sehingga kering dengan kain lembut.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Tinggi: 25 cm
  • Diameter: 17 cm

Bungkusan

VAPPEBY

Nombor artikel605.786.92
  • Lebar: 18 cm
  • Tinggi: 18 cm
  • Panjang: 23 cm
  • Berat: 1.79 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

5Purata pengadaran
2Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini