Langkau ke kandungan utama

OMAR Penutup untuk para-para, 92 cm

Harga RM 30

Bagaimana untuk mendapatkannya

OMAR

Pelapik tempat duduk mempunyai jangka hayat yang lebih lama, kerana dapat diterbalikkan dan kedua-dua belah boleh digunakan.

Nombor artikel203.346.63

Butiran produk

Mudah dipasang dan ditanggalkan.

Boleh juga digunakan di bilik mandi dan lain-lain kawasan lembap dalam rumah.

Pereka

IKEA of Sweden

Nombor artikel203.346.63

Maklumat berguna

Bahan dalam produk ini mungkin boleh dikitar semula. Sila semak peraturan kitar semula di komuniti anda dan sama ada terdapat kemudahan kitar semula di kawasan anda

Untuk kegunaan di dalam bangunan sahaja.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Para:
Keluli, Keluli bergalvani
Pita:
Plastik poliuretana terkembang

Penjagaan

Lap bersih menggunakan kain lembut yang dicelup dengan air dan sabun cuci yang lembut atau sabun jika perlu.

Pengukuran

  • Lebar: 92 cm

Bungkusan

OMAR

Nombor artikel203.346.63
  • Lebar: 35 cm
  • Tinggi: 3 cm
  • Panjang: 90 cm
  • Berat: 1.40 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4Purata pengadaran
1Ulasan
OMAR Penutup untuk para-para, 92 cm

Perbezaan ketara dalam penstoran dengan bantuan ramai

Unit para-para OMAR telah menjadi storan kegemaran di rumah-rumah di seluruh dunia sejak 2003. Apabila kami memutuskan untuk menambah produk ke dalam keluarganya, kami mempelawa orang ramai untuk membantu! Biarpun kami ketahui yang pelanggan dari negara yang berbeza-beza menstor barang-barang dengan cara yang berbeza-beza, kami ingin memastikan apa yang kami usahakan ini sesuai untuk setiap orang, di mana jua.

Di IKEA kami mula seperti yang kami selalu lakukan - dengan kehidupan di rumah. Jadi Karin Blindh Pedersen dan pasukan rakan sekerja beliau mengunjungi rumah-rumah merentasi dunia dan membuat penyelidikan tentang penstoran. Karin berkata mereka menjangkakan untuk melihat kebanyakan unit para-para seperti OMAR digunakan untuk menstor makanan atau peralatan dan bersambung rapat dengan dapur. "Ia mungkin biasa, tetapi kami terkejut yang mereka menggunakan OMAR di mana sahaja ruang yang mereka ada - ruang sempit, bilik dobi, balkoni tertutup, ruang masuk," dia berkata. "Kami nampak satu di garaj di mana keluarga tersebut ada air berbotol-botol di satu sisi dan seni, pertukangan dan perkakasan di sisi yang satu lagi." Jadi mereka guna idea baharu mereka, produk lama dan cadangan kilang untuk menghasilkan 15-20 idea produk yang boleh menjadikan OMAR lebih fleksibel dan mesra storan. Laci. Bakul. Unit lebih lebar. Pilihan warna. Roda. Kemudian pasukan tersebut menghasilkan sesuatu yang baharu.

Maklum balas di seluruh dunia

Mereka bertanya kepada seluruh dunia untuk dapatkan maklum balas! Rakan sekerja di 38 negara menerima lakaran dan gambar pasukan tentang idea produk. Terri Dierolf mendapat idea. Sebagai ketua jualan, dia menggunakan pengetahuannya yang mendalam untuk memutuskan storan mana dapat dijual di Amerika Syarikat." Pasukan tersebut memberitahu kami. 'Inilah idea kami. Apakah input anda?" Terri berkata. Dia menerangkan yang secara tipikal, dia dan rakan sekerja yang lain melihat produk setelah ia siap. "Selalunya beberapa perubahan ringkas boleh membuat sesuatu produk itu lebih berguna," dia menambah. "Kini, kami terlibat dari mula dan boleh mencadangkan perubahan kecil tersebut agar produk akhir menjadi lebih relevan kepada orang ramai di mana sahaja." Kemudian Karin dan pasukan OMAR menganalisa maklum balas, membuat sedikit kiraan, dan berbincang dengan Amerika Syarikat, Kanada, China, Itali dan Rusia untuk membataskan pilihan. Hanya tiga yang akan dibuat.

Hasil kolaborasi

Produk akhir adalah kecil tetapi membawa perubahan besar dengan membantu anda menstor lebih banyak, mengguna ruang yang tidak digunakan dan menyambungkan beberapa unit - sarung untuk para-para, bakul berpenyepit dan lengkapan sambungan. Dari mula, Tern sukakan sarung untuk para-para. "Saya fikir ia sangat bijak. Anda boleh letak banyak barang di atas para-para tanpa ia terjatuh, dan ia membuat OMAR tampak lebih industri, juga. "Tambahan, aksesori sesuai dengan unit para-para OMAR sedia ada, jadi anda boleh memaksimumkan penggunaan OMAR yang anda miliki. "Projek tersebut merupakan satu cabaran kerana terdapat banyak idea yang diluahkan, sebenarnya," Terang Karin. "Tetapi apabila rakan sekerja jualan lihat akan hasil akhirnya, ia sangat seronok apabila dapat berkata, 'Hei, lihat pada kolaborasi kami.'" Tern bersetuju. "Saya rasa bangga pada pertama kali saya melihat aksesori tersebut kerana pemilikan dapat saya rasai. Keseluruhan proses membantu semua."

Baca lebih lanjut

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini