Terlaris
8 imej LEIRVIK
Langkau imej

LEIRVIK Rangka katil, putih/Luröy,

Harga RM 595
Tilam dan cadar dijual secara berasingan.

Bagaimana untuk mendapatkannya

Jika anda seorang yang romantis, anda mungkin rasa mustahil untuk menolak lengkuk hiasan buatan keluli putih. Hiasi katil dengan tekstil dan bantal cantik dan nikmati mimpi dengan kesudahan cerita dongeng.

Nombor artikel192.772.82

Butiran produk

Kami bertanya kepada pelanggan kami pendapat mereka tentang rangka katil LEIRVIK dan menggunakan maklum balas untuk menambah baik pembinaannya.

Reka bentuk dikemas kini untuk menjadikan rangka katil lebih baik. Antara lain, kelengkapan baharu telah menjadikannya lebih mudah untuk dipasang - dan lebih stabil serta lebih senyap untuk tidur di atasnya.

Reka bentuk yang ringan dan lapang bersama dengan rangka katil logam yang kukuh akan tahan dimakan usia.

Anda boleh duduk dengan selesa di atas katil kerana adanya kepala katil yang tinggi - hanya sandarkan beberapa bantal di belakang anda dan anda akan mendapat tempat yang selesa untuk membaca atau menonton TV.

Terdapat banyak ruang di bawah katil untuk kotak storan, sangat sesuai untuk menyimpan duvet dan bantal tambahan.

Bahagian bawah rangka katil mudah divakum agar ruang bersih dan bebas habuk.

17 bilah diglu berlapis melaras mengikut berat tubuh dan meningkatkan kelembutan tilam.

Pereka

Carina Bengs/IKEA of Sweden

  • Harga kombinasi ini termasuk palang tengah SKORVA, akan tetapi ia merupakan produk yang berasingan yang anda pilih di para-paranya sendiri di gedung. Jika anda pilih katil melalui laman sesawang, palang tengah SKORVA termasuk di dalam penghantaran.

    Hasilkan ruang storan tambahan dibawah katil dengan kotak VARDÖ.

    Tilam dan cadar dijual secara berasingan.

  • Material
    Kepala dan kaki katil
    Bahan asas:
    Keluli, Keluli, Lapisan serbuk poliester/ epoksi berpigmen
    Tombol/ Kaki:
    Keluli, Lapisan serbuk poliester/ epoksi berpigmen
    Tepi katil
    Keluli, Lapisan serbuk poliester/ epoksi berpigmen
    Rasuk tengah
    Keluli bergalvani
    Dasar katil berbilah
    Bilah katil:
    Venir kayu lapis berglu, Venir kayu birch, Pelekat resin sebagai salutan
    Riben:
    Poliester 100 %
    Penjagaan

    Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

    Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Pengukuran

Panjang: 209 cm

Lebar: 158 cm

Tinggi hujung katil: 98 cm

Tinggi kepala katil: 146 cm

Panjang tilam: 200 cm

Lebar tilam: 150 cm

  • Produk ini mengandungi pakej 4
    LURÖYNombor artikel002.771.97

    Lebar: 20 cm

    Tinggi: 10 cm

    Panjang: 76 cm

    Berat: 9.52 kg

    Bungkusan: 1

    LEIRVIKNombor artikel304.243.71

    Lebar: 66 cm

    Tinggi: 8 cm

    Panjang: 160 cm

    Berat: 18.52 kg

    Bungkusan: 1

    SKORVANombor artikel701.705.03

    Lebar: 7 cm

    Tinggi: 6 cm

    Panjang: 139 cm

    Berat: 3.62 kg

    Bungkusan: 1

    LEIRVIKNombor artikel702.629.94

    Lebar: 17 cm

    Tinggi: 6 cm

    Panjang: 202 cm

    Berat: 10.56 kg

    Bungkusan: 1

Ulasan

Good bed, very pretty.FatinGood bed, very pretty.5

Pandangan pereka

Pandangan pereka

"Apabila saya mereka rangka katil LEIRVIK, saya mendapat inspirasi daripada logam yang tiada had kemungkinan untuk menghasilkan bentuk organik lembut yang lurus dan ringkas. Cabaran utama saya ialah menjadikannya kepada dua bahagian untuk memudahkan pengangkutan. Keseronokan adalah tentang bentuk tombol, kaki dan butir-butir yang terus pada mesin pelarik. Saya turuti rasa hati dan membentuknya tanpa melukis. Saya harap katil akan menarik semua orang yang mengimpikan bilik tidur yang romantik.."

Pereka Carina Bengs