KUNGSFORS Pengetus pinggan
Bagaimana untuk mendapatkannya
- Keluli tahan karat
Diinspirasikan oleh profesional, tetapi disesuaikan untuk anda. Seperti di dapur restoran, kami telah tumpukan pada bahan yang tahan lama dan storan dinding yang bijak yang menyediakan ruang yang diperlukan untuk semua tukang masak yang kreatif di rumah.
Butiran produk
Dulang di bahagian bawah boleh dikeluarkan; menakung air daripada pengetus.
Boleh digunakan di kawasan yang tinggi kadar kelembapannya.
Ehlén Johansson
Maklumat berguna
Pastikan yang ruang adalah cukup tinggi untuk pinggan anda sebelum menempatkan pengetus pinggan di dinding.
Anda boleh memilih untuk melekapkannya terus di dinding atau dengan bantuan selusur ampaian KUNGSFORS.
Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.
Untuk pengetahuan anda, bahan dinding yang berbeza boleh menyokong berat muatan yang berbeza. Sebagai contoh, dinding diperbuat daripada plaster tidak boleh menyokong muatan seberat dinding yang diperbuat daripada kayu, konkrit atau batu.
Jika anda tidak pasti tentang apakah jenis peralatan memasang untuk digunakan, sila hubungi kedai perkakasan di kawasan anda.
Boleh digabungkan dengan lain-lain produk dalam siri KUNGSFORS.
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Skru untuk lekap dinding dijual berasingan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Jalur/ Pendakap/ Rivet:
- Keluli tahan karat
- Dulang:
- Keluli tahan karat, Keluli tahan karat
- Jaring:
- Keluli, Bergalvani, Salutan serbuk
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Sentiasa lap permukaan keluli tahan karat secara memanjang untuk kemasan yang lebih rata dan bersinar.
Jangan gunakan serbuk penyental, sabut keluli, peralatan yang keras atau tajam yang boleh mencalarkan permukaan keluli tahan karat.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
KUNGSFORS Pengetus pinggan203.712.26Pengukuran
- Lebar: 60 cm
- Dalam: 30 cm
- Tinggi: 10 cm
Bungkusan
KUNGSFORS
Nombor artikel203.712.26- Lebar: 32 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 63 cm
- Berat: 3.76 kg
- Bungkusan: 1



