ANTILOPKerusi tinggi dgn dulang, putih/warna perak
Bagaimana untuk mendapatkannya
Kerusi tinggi ANTILOP mudah untuk dileraikan dan dibawa bersama-sama agar anak anda boleh duduk dengan selamat dan stabil sama ada semasa anda berada di rumah, di kediaman rakan anda atau di restoran. Nikmati hidangan anda!
Nombor artikel990.674.97Butiran produk
Kerusi tinggi memudahkan kanak-kanak duduk makan semeja dengan orang dewasa, yang bantu mereka membangunkan kemahiran sosial dan makan mereka.
Mudah dibuka pemasangannya dan dibawa bersama.
Tepi yang ditinggikan menghalang tumpahan daripada terkena meja.
Tali pinggang keselamatan disertakan.
Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.
IKEA of Sweden
- Lapisan luar tpt ddk kerusi tinggi/ dulang kerusi tinggi
Plastik polipropilena
Kaki kerusi tinggiKaki:Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
Kaki:Plastik polipropilena, Plastik polietilena
Lapisan luar tpt ddk kerusi tinggi/dulang kerusi tinggi/kaki kerusi tinggiLap bersih menggunakan larutan sabun lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Pengukuran
Lebar: 56 cm
Dalam: 62 cm
Tinggi: 90 cm
Lebar tempat duduk: 25 cm
Dalam tempat duduk: 22 cm
Tinggi tempat duduk: 54 cm
Muatan maksimum: 15 kg
- Produk ini mengandungi pakej 3ANTILOPLapisan luar tpt ddk kerusi tinggiNombor artikel302.799.44
Lebar: 37 cm
Tinggi: 35 cm
Panjang: 39 cm
Berat: 1.19 kg
Bungkusan: 1
ANTILOPDulang kerusi tinggiNombor artikel201.690.74Lebar: 42 cm
Tinggi: 6 cm
Panjang: 42 cm
Berat: 0.66 kg
Bungkusan: 1
ANTILOPKaki kerusi tinggiNombor artikel002.799.45Lebar: 14 cm
Tinggi: 3 cm
Panjang: 86 cm
Berat: 1.78 kg
Bungkusan: 1
Biar yang paling muda bersama-sama makan di meja
Pada setiap sepuluh saat, lebih daripada 40 kanak-kanak dilahirkan di sesuatu tempat di Bumi. Mereka membesar dalam keadaan hidup yang berlainan dan dalam semua jenis konstelasi keluarga. Tetapi mereka semua mempunyai keperluan yang sama pada tahun-tahun pertama - contohnya untuk mencuba makanan menarik yang baharu dan mengamalkan kemahiran makan mereka. Cara yang baik untuk melakukan itu adalah dengan melihat bagaimana yang lain melakukannya, di samping mendapatkan sedikit bantuan pada masa yang sama. Dengan kerusi tinggi ANTILOP, kanak-kanak boleh belajar dan berkongsi pengalaman makan dengan cara yang selamat bersama dengan kita semua, pada harga yang berpatutan untuk kebanyakan keluarga.
Terdapat lebih daripada satu cara untuk menghadapi cabaran dalam mencipta perabot yang berharga patut yang memudahkan kehidupan orang ramai. Kadang-kadang ia boleh jadi baik untuk melakukan perkara yang sedikit berbeza. Ini semakin jelas apabila kami bertanya kepada salah seorang jurutera kami, John Forsén, pakar dalam pembinaan dan bahan, untuk melihat sama ada kami boleh membuat kerusi tinggi yang baik yang membolehkan anak-anak dan ibu bapa mereka menghabiskan masa bersama-sama di meja makan.
Fkir secara berbeza
Pertama-tama, mari kita bawa anda kembali ke pertengahan tahun 90an. Pada masa itu, ramai antara kita terpesona dengan perkara baharu yang dipanggil internet, dan telefon bimbit adalah seperti satu kebaharuan. Sepanjang masa ini produk IKEA biasanya dibangunkan melalui kerjasama rapat antara perancang dan jurutera reka bentuk - pereka bentuk membuat sketsa dan jurutera reka bentuk mencipta lukisan pembinaan. Walau bagaimanapun, dengan ANTILOP John menghadapi cabaran dari sudut pandangan yang lebih teknikal. Dia melangkau lakaran dan terus membuat model di dalam komputer. "Saya mempunyai idea tentang bagaimana rupa hasil akhirnya, jadi saya mula dengan mengira di mana kaki harus diletakkan, dan pada sudut apa, bagi mendapatkan pembinaan yang selamat dan mantap," jelasnya.
Harga yang rendah, tetapi bukan harga sebarangan
Untuk mendapatkan harga yang rendah, kerusi itu perlu mempunyai pembinaan yang mudah. Satu kerusi, satu tali pinggang dan kemudian empat kaki klik dan lahirlah ANTILOP. "Saya memberi tumpuan kepada keperluan. ANTILOP dioptimumkan untuk menjadi kuat dan mudah untuk dikilangkan. Hakikatnya bahawa kami menggunakan plastik dan keluli, dan sangat sedikit, lantas membolehkan harga menjadi rendah ", kata John. Pembinaan juga menjadikannya mudah untuk kerusi dibawa bersama-sama dengan anda bila mana masa makan di luar rumah. Atau mempunyai kerusi tambahan yang menunggu di rumah datuk nenek apabila orang dewasa keluar makan malam sendiri. Tetapi, definisi perabot yang baik merangkumi lebih daripada harga yang rendah. Kualiti juga diambil kira. ANTILOP sentiasa diperiksa dan diteliti oleh makmal ujian bebas di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Kami menyahut permintaan yang paling sukar di setiap rantau dan pastikan ANTILOP memenuhi keperluan mereka semua. Sekiranya undang-undang atau piawaian baharu diperkenalkan kerusi akan kami uji semula.