OMTÄNKSAM – Direka bentuk untuk Semua Orang

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an duduk dengan selesa di atas kerusi OMTÄNKSAM. Dia membelakangi kita dan memandang ke luar tingkap ruang tamu.

OMTÄNKSAM – Direka bentuk untuk Semua Orang

Kadang-kadang kita semua memerlukan sedikit keselesaan dan sokongan tambahan. Dengan koleksi OMTÄNKSAM, IKEA mahu memudahkan lagi kehidupan harian untuk semua orang – dan semua badan. Dibangunkan secara kerjasama dengan pakar ergonomik dan diuji oleh orang-orang dengan keperluan dan cabaran yang berbeza, produk-produk ini mudah digenggam, tidak mungkin tergelincir dan amat elok apabila duduk dan bangun (serta banyak lagi). Ia juga berkongsi ekspresi Scandinavia yang klasik – direka bentuk supaya tahan.

Kehidupan harian dijadikan lebih mudah

Meja OMTÄNKSAM tahan calar dan mudah dibersihkan. Oleh sebab tiada kerangka bawah, terdapat ruang kaki yang hebat.

Tempat duduk dan bahagian belakang yang bulat pada kerusi OMTÄNKSAM menambahkan keselesaan. Bahagian belakang yang tinggi pula amat elok untuk dipegang semasa hendak duduk atau berdiri.

“Reka bentuk pintar terhasil apabila kita melihat dunia melalui pandangan orang lain. Sebaik sahaja kita menilai sejenak dan mengubah perspektif, kita membuka pintu kepada peluang baharu.”

- Britt Monti, Ketua Kreatif IKEA

Oleh sebab kecondongan bangku kaki, anda dapat meletakkan kaki anda di atasnya tanpa mengganggu peredaran darah anda.

Bahagian belakang yang tinggi, sokongan lumbar dan bantal leher yang boleh dilaraskan menjadikan kerusi berlengan OMTÄNKSAM selesa walaupun anda duduk berjam-jam lamanya. Kedudukan duduk yang lebih tegak dan tempat letak tangan yang tinggi membantu semasa hendak duduk dan berdiri.

Keselesaan untuk semua

Oleh sebab saiznya yang berguna, alas hias yang lembut ini berfungsi dengan amat baik sebagai selimut dan juga sebai yang memanaskan badan.

Lipatkannya atau gulungkannya. Letakkannya di bahagian belakang anda kerana ia selesa atau di bawah tumit anda untuk melegakan tekanan. Kusyen berbilang OMTÄNKSAM boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Kusyen kerusi OMTÄNKSAM diisi dengan busa lembut yang dapat disesuaikan mengikut tubuh anda. Lapik antigelincir mengekalkan kedudukannya.

Bantuan

Oleh sebab bentuknya, vas OMTÄNKSAM tidak sahaja mudah dipegang dan dibawa, ia mencantikkan lagi tangkai dan bunga.

Gelas OMTÄNKSAM mudah dipegang, diangkat dan dibawa. Permukaan antigelincir dulang FÖRMEDLA membantu mengekalkan kedudukannya.

Mangkuk adunan OMTÄNKSAM mempunyai penutup silikon yang boleh juga diletakkan di bawahnya untuk menghalang mangkuk tersebut daripada tergelincir – menjadikannya sesuai untuk digunakan dengan sebelah tangan sahaja.

Pencengkam balang ini dibuat daripada silikon antigelincir yang lembut dan membantu anda membuka penutup yang rumit.

Pengiah kasut OMTÄNKSAM adalah lebih panjang dan membantu anda memakai kasut semasa berdiri. Dibuat daripada logam, ia memberikan sokongan kukuh yang tidak mudah bengkok.