Koleksi INDUSTRIELL

Baharu di IKEA, koleksi INDUSTRIELL merangkumi unit rak, kerusi berlengan, lampu pendan, kerusi, meja, bangku dan vas dalam warna semula jadi yang lembut.

Koleksi INDUSTRIELL

Ketidaksempurnaan yang sempurna

Keindahan produk buatan tangan terletak pada hal-hal kecil seperti permukaan yang tidak rata, sempadan yang agak tidak sekata atau sapuan berus yang tebal – semua ketidaksempurnaan kecil yang indah yang membuatkan setiap produk unik. Tetapi memotong kayu, membentuk tanah liat dan menganyam dengan tangan adalah proses yang memakan masa.

Kami mahu lebih ramai orang dapat merasai pengalaman buatan tangan. Jadi, bersama-sama pereka bentuk Belanda, Piet Hein Eek, kami membangunkan cara baharu untuk menggunakan bahan mentah seperti seramik, kayu dan tekstil, dan mencipta produk dengan rasa yang dibentuk secara kasar – tetapi anda tidak akan tahu ia dibuat menggunakan mesin.

Begitulah cara koleksi INDUSTRIELL terhasil – perabot dan barangan rumah dengan rasa buatan tangan yang semua orang boleh nikmati.

Acuan yang digunakan untuk membentuk vas terracotta daripada koleksi INDUSTRIELL dibuat daripada prototaip buatan tangan.

Sama, tetapi berbeza

Acuan yang digunakan untuk membentuk vas terracotta INDUSTRIELL dibuat daripada prototaip buatan tangan – itulah sebabnya semua kelihatan berbeza sedikit. Jika anda lihat dengan teliti, anda mungkin mendapati dua vas yang seakan-akan serupa, tetapi tidak sesekali seiras.

Kerusi INDUSTRIELL sengaja mempamerkan semua ketidaksempurnaan kayu pain padu semula jadi yang indah.

Keindahan kayu yang tidak dirawat

Apabila kami mereka bentuk kerusi INDUSTRIELL, kami mahu menggunakan sebanyak mungkin setiap pokok, mengekalkan ketidaksempurnaan seperti buku kayu, permukaan kasar dan perubahan dalam ira kayu, agar kelihatan. Hasilnya kerusi yang memberikan rasa organik yang mentah di mana-mana kediaman.

Lampu daripada koleksi INDUSTRIELL datang dalam empat bentuk dan diperbuat daripada gentian buluh anyaman tangan.

Dari tangan yang mahir ke kediaman anda

Diinspirasikan oleh lampu kilang dawai keluli dan besi tuang klasik, lampu pendan INDUSTRIELL datang dalam empat bentuk. Kesemuanya diperbuat daripada gentian buluh dan dianyam secara teliti dengan tangan melalui teknik yang biasanya digunakan di Vietnam untuk mencipta paip perancah.