Khazanah tekstil

Tambah sedikit kilauan di bilik tidur atau ruang tamu anda dengan sarung kusyen SKÄGGÖRT bertompok emas yang menarik, dan sarung kusyen ELDTÖREL. Ini semua sebahagian daripada tekstil baharu musim ini di IKEA!

Khazanah tekstil

Bulan ini, kami memperkenalkan beberapa tekstil baharu daripada sarung kusyen hingga langsir yang sesuai dengan penampilan lembut musim ini.

Contohnya, sarung kusyen ELDTÖREL direka bentuk menggunakan berus dan dicipta untuk sentuhan bergaya di rumah.

Kusyen HARÖRT berwarna ramie kelabu mempunyai perincian jahitan yang memberikan tekstur yang menarik.

Kejutkan jiwa penghias hiasan dalaman dengan fabrik SKÄGGÖRT berlatar putih dan bertompok hitam berani. Corak yang lucu ini sangat sesuai digunakan untuk sarung kusyen, alas meja dan napkin.

Jangan segan dan guna tompok sesuka hati!

Kejutkan jiwa penghias hiasan dalaman atau pencipta artistik anda dengan fabrik SKÄGGÖRT bercorak putih dan hitam berani yang dicetak pada 100% kapas daripada sumber lebih lestari.

Fabrik ini sangat sesuai digunakan untuk mencipta produk unik untuk rumah anda, seperti langsir dan gantungan dinding. Corak ini juga cukup kecil yang membolehkannya digunakan sebagai sarung kusyen, alas meja serta napkin.

Dengan corak halus garisan hitam bertompok di atas latar putih, langsir EBBALISA 100% kapas mudah disesuaikan kerana ia bergaya klasik.

Klasik yang boleh disesuaikan

Langsir bukan sahaja boleh digunakan untuk tingkap, ia juga boleh digunakan untuk mencipta latar tekstil atau pembahagi bilik. Langsir EBBALISA mudah disesuaikan kerana bercorak hitam putih klasik.

Langsir memberikan sedikit privasi serta membenarkan sedikit cahaya melaluinya. Ia dicetak pada 100% kapas daripada sumber lebih lestari.